Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Bagnaia sambar petak hadapan GP Malaysia


SEPANG – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia terus mencerahkan peluang mempertahankan kejuaraan dunia apabila menyambar petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.

Pada sesi kelayakan tersebut, Bagnaia terpaksa menunggu sehingga ke penghujung saingan bagi memintas pencabar terdekat dari pasukan Pramac Racing, Jorge Martin menerusi catatan masa 1 minit 57.491 saat (s).

Lebih menarik, catatan 1:57.491s yang dilakukan Bagnaia merupakan rekod sepusingan terpantas di litar tersebut, sekali gus meleburkan catatan 1:57.549s yang dicatatkan Martin dalam aksi terdahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi saya, pencapaian (petak hadapan) ini adalah antara pencapaian paling penting selepas beberapa ketika. Saya fikir ini adalah pencapaian menakjubkan untuk kami bagi sesi kelayakan ini.

“Saya sangat gembira kerana dapat kembali berada di petak hadapan. Saya harap keputusan yang diraih ini boleh membantu saya menjelang perlumbaan (sprint) petang ini,” katanya selepas tamat sesi kelayakan.

Mengiringi Bagnaia di barisan hadapan menjelang aksi sprint petang ini dan perlumbaan sebenar esok adalah Martin yang menamatkan sesi kelayakan di tempat kedua, diikuti seorang lagi pelumba Ducati, Enea Bastianini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aksi sprint dan perlumbaan sebenar nanti pasti menjanjikan saingan menarik memandangkan dua pencabar kejuaraan dunia, Bagnaia dan Martin akan bersaing bagi mengutip mata maksimum.

Pada ketika ini, Bagnaia memiliki kelebihan 13 mata ke atas Martin dalam carta kejuaraan dunia apabila mengumpul 389 mata keseluruhan berbanding 376 mata yang dimiliki pelumba Sepanyol itu. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications