Hi, what are you looking for?

Toksik cemar sungai di Johor Bahru

Mamak News

Bahan Kimia Cemar Sungai Di Johor: 2 Pengsan, Lebih 100 Dipindahkan


JOHOR BAHRU: Dua penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, di sini, pengsan, manakala lebih 100 orang dipindahkan susulan bau busuk disyaki tumpahan bahan kimia di sungai berhampiran kampung berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, dua wanita masing-masing berusia 20 dan 40 tahun itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Sehubungan itu, arahan pengosongan kampung itu dibuat dengan 102 penduduk terpaksa dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit HAZMAT Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Johor, Saiful Bahri Safar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.22 malam sebelum pasukan penyelamat pertama tiba di kampung berkenaan 15 minit kemudian.

Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dengan lima jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Larkin dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Bahan Kimia Cemar Sungai Di Johor: 2 Pengsan, Lebih 100 Dipindahkan
Gambar JBPM Johor

“Hasil ujian awal, bomba mengesyaki tumpahan itu adalah bahan buangan kimia berjadual ‘methyl alcohol’ dengan kepekatan 120 ppm (bahagian per juta).

“Bomba mengarahkan rumah di dalam lingkungan 150 meter daripada sungai itu segera dikosongkan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengawasan dan pengawalan turut dilakukan secara berterusan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan udara di kawasan kampung itu dan sekitarnya.

“Pengesanan dengan menggunakan kaedah menyusuri sungai turut dilakukan bagi mengetahui punca sebenar tumpahan kimia berkenaan,” katanya.

Bahan Kimia Cemar Sungai Di Johor: 2 Pengsan, Lebih 100 Dipindahkan
Gambar JBPM Johor

Saiful Bahri berkata, menerusi tinjauan sehingga jam 3 pagi tadi mendapati bau seakan petrol masih dapat dihidu sejauh kira-kira 300 meter dari anak sungai di kampung berkenaan.

“Usaha pengesanan tumpahan masih diteruskan dan pihak bomba turut memohon bantuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Unit HAZMAT JBPM Melaka,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications