Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bahana program ChatGPT  – Utusan Malaysia


EDINBURGH: Penggunaan ChatGPT atau aplikasi perisian kecerdasan buatan (AI) yang mempunyai keupayaan untuk menjana teks seperti manusia semakin membimbangkan kumpulan pendidik negara-negara maju kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ‘wabak’ penipuan dalam kalangan pelajar di sekolah dan universiti.

Teknologi program yang dibangunkan OpenAI itu berpotensi untuk merevolusikan cara individu berinteraksi dengan komputer dan telah mula disepadukan ke dalam pelbagai industri.

Walau bagaimanapun, Profesor Madya Universiti Edinburgh Napier, Sam Illingworth berpendapat, pelaksanaan ChatGPT dalam bidang pendidikan di United Kingdom (UK) menimbulkan beberapa cabaran yang perlu dipertimbangkan dengan teliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ChatGPT mampu menulis esei dengan baik dan menjawab banyak soalan dalam bilik darjah, mencetuskan perdebatan tentang masa depan pendidikan tradisional.

“Terdapat potensi ChatGPT digunakan untuk menipu dalam peperiksaan atau tugasan. 

“Memandangkan ia mampu menjana teks seperti manusia, ChatGPT boleh digunakan untuk menulis keseluruhan tugasan atau esei, menyukarkan pendidik untuk mengesan penipuan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, selain penipuan, perkara yang turut menjadi kebimbangan para pendidik adalah AI secara amnya mengancam kemahiran menulis dan kepentingan melihat penulisan sebagai wadah untuk berfikir dalam kalangan pelajar.

“AI ini akan menjejaskan kedua-dua kemahiran menulis dan motivasi untuk menghasilkan karangan serta menggarap idea mereka sendiri,” katanya. 

Jabatan pendidikan New York City mengharamkan ChatGPT pada rangkaiannya berikutan kebimbangan tentang kesan negatif terhadap tahap pembelajaran setiap pelajarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun alat itu mungkin dapat memberikan jawapan yang cepat dan mudah kepada setiap soalan, ia tidak membina kemahiran berfikir secara  kritis dan kreatif terutama dalam bab menyelesaikan masalah,” kata wakil jabatan tersebut, Jenna Lyle.

Sekumpulan universiti di Australia berkata, mereka akan menukar format peperiksaan dan menolak penggunaan sebarang program berkaitan AI kerana menganggapnya sebagai penipuan.

Selain penipuan dalam kalangan pelajar, Illingworth berpendapat, jika ChatGPT digunakan untuk menilai tugasan atau peperiksaan, terdapat kemungkinan keputusan boleh menjadi berat sebelah terhadap kumpulan pelajar tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Contohnya, ChatGPT mungkin lebih berkemungkinan memberikan gred lebih tinggi kepada pelajar yang menulis dalam gaya yang biasa digunakan, sekali gus berpotensi membawa kepada amalan penggredan yang tidak adil. 

“Selain itu, jika program itu digunakan untuk menggantikan tenaga pengajar manusia, ia boleh mengekalkan ketidaksamaan yang sedia ada dalam sistem pendidikan, seperti kurang perwakilan demografi dalam bidang pengajian tertentu,” tambahnya.

Walaupun ChatGPT mencetus dilema etika terhadap integriti akademik, terdapat juga peluang untuk memanfaatkan program tersebut dari sudut berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kecanggihan dan keupayaan teknologi AI semakin pantas. Daripada bertindak balas, kita seharusnya menerimanya secara positif.

“Tenaga pengajar boleh memikirkan cara menyesuaikan penilaian pelajar secara khusus selain mencari pendekatan yang lebih baik, kreatif  dan relevan untuk pembelajaran mereka dan tidak hanya menumpukan kepada teori semata-mata,” jelasnya.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Lifestyle

0 Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato. Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications