Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Bakal Cipta Sejarah, DUN Sarawak Isnin Ini Akan Membentangkan Dua RUU Baharu


Dua RUU baharu di Malaysia akan dibentangkan Isnin ini di DUN Sarawak

Bakal Cipta Sejarah, DUN Sarawak Isnin Ini Akan Membentangkan Dua RUU Baharu. Dilaporkan bahawa, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula Isnin ini dijangka bakal melakar sejarahnya tersendiri dengan pembentangan dua rang undang-undang yang belum pernah dibentangkan sebelum ini di mana-mana persidangan DUN negara.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Rang Undang-undang Ombudsman 2023 dan Rang undang-undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Rumah Hijau) 2023, akan menjadi antara lima Rang Undang-undang yang akan dibentangkan dalam persidangan lapan hari berkenaan.

Beliau juga turut berkata bahawa Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membentangkan belanjawan negeri di bawah Rang Undang-undang Perbekalan 2024 pada hari Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bakal Cipta Sejarah, DUN Sarawak Isnin Ini Akan Membentangkan Dua RUU Baharu
Bakal Cipta Sejarah, DUN Sarawak Isnin Ini Akan Membentangkan Dua RUU Baharu

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia

Kedua-dua Rang Undang-undang berkaitan Ombudsman dan Alam Sekeliling itu adalah sesuatu yang baru pertama kali diperkenalkan di Malaysia, tambah beliau lagi.

Oleh itu, dikatakan tiada had ditetapkan bagi jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dibenarkan untuk membahaskannya semasa persidangan.

Dalam masa yang sama, Mohd Asfia berkata dua lagi rang undang-undang yang akan dibentangkan sebelum tamat persidangan pada 29 Nov ialah Rang Undang-undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Elektrik (Pindaan) 2023.

Bakal Cipta Sejarah, DUN Sarawak Isnin Ini Akan Membentangkan Dua RUU Baharu

DUN menerima 322 soalan

Beliau berkata persidangan DUN telah menerima 322, dengan 222 daripadanya soalan lisan, manakala 100 lagi soalan bertulis.

Persidangan kali ini bakal menyaksikan penampilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee yang baru sahaja mengangkat sumpah setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan berkenaan baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Asfia berkata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas pula akan akan membawa usul bagi mengambil dana daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk dipindahkan ke Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak yang baru ditubuhkan.

Dikatakan juga terdapat usul untuk lantikan seorang senator. Senator Datuk Dr Nuing Jeluing (yang dipilih oleh DUN Sarawak) akan menamatkan penggalnya sebagai senator pada 10 Disember ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 Rang Undang-undang Kawalan Produk R Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Mer...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications