Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Bakal Diubah Jadi Muzium, Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau


Balai polis pertama di Sarawak ini bakal diubah menjadi sebuah muzium

Bakal Diubah Jadi Muzium, Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau. Sebuah muzium polis yang mempamerkan artifak dan sejarah perjuangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak akan dibuka di pekan Siniawan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, muzium tersebut akan dibuka di bangunan lama Balai Polis Siniawan, iaitu balai polis pertama di negeri ini yang dibina pada tahun 1937.

| Kampungmamakcom Bakal Diubah Jadi Muzium Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau
Bakal Diubah Jadi Muzium Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau Kredit <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwutusanborneocommy20230526balai polis pertama sarawak di pekan siniawan akan dijadikan muzium polis>Utusan Borneo<a>

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf bangunan lama balai polis tersebut dijangka bermula tahun hadapan.

“Bangunan lama Balai Polis Siniawan dicadangkan untuk dijadikan muzium sejarah polis kerana ini adalah balai polis yang pertama di Sarawak dan pernah menjadi sasaran pada zaman konfrontasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muzium ini akan mempamerkan artifak-artifak bersejarah terutamanya dari empat era pemerintahan sebelum ini

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah bersetuju memberi peruntukan RM6 juta untuk kerja-kerja menaik taraf bangunan lama balai polis tersebut.

| Kampungmamakcom Bakal Diubah Jadi Muzium Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau

“Bagaimanapun, kita akan kaji semula untuk tambahkan peruntukan kerana kita jangkakan hanya ini sahaja muzium polis yang akan ada di Sarawak.

“Kita bekerjasama dengan Jabatan Muzium Sarawak dan jabatan-jabatan kerajaan lain untuk kita dapatkan cadangan agar ia setaraf dengan muzium-muzium lain di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh yang turut hadir pada majlis tersebut memberitahu, dengan ada muzium tersebut nanti pasti akan menambah tarikan pelancongan di Pekan Siniawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bakal Diubah Jadi Muzium, Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau

“Balai polis ini juga yang tertua di negeri ini yang wujud sejak pemerintahan Brooke, masuk penaklukan Jepun, selepas itu British dan sekarang di bawah kerajaan Malaysia.

“Bahkan jika kita perhatikan di dinding hadapan balai tersebut, mungkin kita dapat melihat kesan-kesan tembakan komunis suatu ketika dahulu,” jelasnya.

Selain itu katanya, menjadikan bangunan lama tersebut sebagai muzium juga adalah untuk menggantikan Kubu Margherita yang sebelum ini merupakan muzium polis.

“Di Sarawak sekarang ini tiada muzium polis dan tiada lagi tempat untuk menceritakan dan memberi maklumat serta sejarah kepolisan di negeri ini.

Bakal Diubah Jadi Muzium, Balai Polis Lama Siniawan Jadi Tarikan Baru Di Bau

“Jadi dengan adanya muzium ini nanti, bukan sahaja dijadikan tempat mempamerkan sejarah polis, tetapi juga tempat anak-anak muda kita belajar dan memahami perjuangan polis,” katanya.

Balai Polis Siniawan baharu yang mula dibina pada 1 Februari 2021 dan siap pada 25 Januari 2022 dengan kos pembinaan RM500,000 merupakan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Serembu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Sukan

0 LEVERKUSEN – Pengarah Bayer Leverkusen, Simon Rolfes memberikan jaminan pengendali pa­sukan itu, Xabi Alonso akan terus kekal bersama kelab berkenaan menghadapi saingan musim...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Kedudukan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong dalam program Road To Gold (TRG) akan ditentukan menjelang mesyuarat jawatankuasa RTG yang...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Usahawan terkenal Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dan geram memikirkan perilaku anak pelakon Norman Hakim dan Abby...

Advertisement