Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Balu Abam Bocey kini tunangan orang


PETALING JAYA – Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali berkongsi berita gembira apabila dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Hidayah dalam Instagram miliknya, wanita berusia berusia 33 tahun itu berkongsi sekeping foto dengan seorang lelaki ‘misteri’ di atas pelamin sambil memegang bunga tangan.

Dalam foto itu juga, Hidayah yang kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden berwarna putih dan dihiasi corak bunga berona biru, hanya meninggalkan kapsyen berbentuk emoji hati (cinta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wajah lelaki itu yang turut mengenakan kameja berona senada dan bersongkok itu bagaimanapun tidak kelihatan apabila dia bergambar dengan membelakangi kamera.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya berkongsi rasa gembira dan teruja atas pertunangannya dengan lelaki tersebut.

“Alhamdulillah, awak berhak (bahagia). Semoga segala urusan awak dipermudahkan Allah SWT,” ujar seorang pengikutnya.

“Semoga ini pilihan terbaik untuk Hidayah dan dipermudahkan segala urusan,” kata seorang lagi pengikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, tumpang gembira untuk awak. Semoga semuanya berjalan lancar,” ujar seorang pengguna Instagram.

Beberapa hari lalu, Hidayah yang juga seorang usahawan, ada berkongsi hantaran menasihati pengikutnya dalam Instagram supaya merakamkan banyak gambar dan video bersama insan tercinta.

Saranan tersebut dikongsikan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu, bersempena ulang tahun kelahiran arwah Abam yang ke-36 pada 19 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Hidayah, foto yang menjadi peninggalan abadi itu dapat dijadikan penawar rindu lebih-lebih lagi jika orang tersayang dijemput Ilahi.

“Simpanlah gambar kenangan bersama pasangan anda, banyak pun tidak mengapa.

“Apabila dia tiada, kenangan ini akan menjadi memori sampai bila-bila. Al-Fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Hidayah Allahyarham Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.

Industri seni hiburan tempatan bagaimanapun dikejutkan dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement