Hi, what are you looking for?

Misteri

Bandar ‘Hantu’ Fukushima Di Jepun Ini Pernah Di Bantai 3 Malapetaka Sekaligus


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Seperti yang kita tahu, negara Jepun adalah antara negara yang tertinggi berdepan dengan kejadian bencana alam. Dari bencana gempa bumi, bencana tsunami dan sebagainya. Ini disebabkan kerana kedudukan geografi negara Jepun itu sendiri yang terletak di dalam lingkaran api pasifik.

Berikut merupakan sebuah perkongsian langsung dari Zunita Ramli; seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara Jepun mengenai kejadian yang telah meranapkan bandar Fukushima di Jepun setelah dilanda 3 bencana sekaligus iaitu gempa bumi, tsunami dan juga kebocoran nuklear pada tahun 2011 yang lalu. Jom kita ikuti cerita dari beliau.

REUTERS/Toru Hanai SEARCH “FROM THE FILES JAPAN DISASTER”

Sedar tak sedar, dah 10 tahun berlalu kejadian tsunami dasyat yang melanda Jepun satu ketika dulu yang meragut lebih 18,000 nyawa.

Tapi ramai masih confuse apa yang berlaku di Fukushima ni sebenarnya, gempa bumi? tsunami? nuklear?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yes, it was a triple disaster.
Gempa bumi, tsunami dan nuklear, ketiga-tiga insiden itu yang berlaku sekaligus di Fukushima. Dasyat kan?

Pada 11 March 2011, satu gempa bumi bermagnitud 9.0 telah berlaku. Gempa bumi ni sangat dasyat sampaikan paksi bumi beralih sedikit dan menyebabkan tsunami setinggi 15 meter menghempas kawasan perairan dari Iwate, hingga ke Ibaraki sejauh 500km panjang.

Yang menjadi isu besar apabila tsunami dasyat ni melanda perairan Fukushima – atau lebih tepat Fukushima Daiichi Nuclear Plant, iaitu tempat penjanaan tenaga dari nuklear.

Tsunami dasyat ni menyebabkan sistem penyejukan tangki nuklear terpadam (cooling system shut down), dan benda ni menyebabkan rod nuklear sangat-sangat panas mula mencair (nuclear meltdown) dan.. boom! Letupan hidrogen berlaku. Tangki 1,2,3 rosak. Radioaktif mula terbebas ke udara dan berlakunya pencemaran radioaktif di udara.

Penduduk sekitar digesa tinggalkan kediaman serta-merta dalam 5km radius pada hari kejadian dan diperluaskan kepada 20km radius dari tempat letupan nuklear pada keesokan harinya. Ikut statistik, lebih kurang 160,000 penduduk yang tinggal di dalam dan luar Fukushima telah berpindah keluar pada 2012, setahun selepas insiden itu.

Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya sendiri pergi ke Fukushima. Saya nak tengok sendiri keadaan di sana selepas 10 tahun, apa yang kerajaan Jepun dah buat dan tinjau sendiri keadaan sebenar penduduk di sana. Saya juga telah masuk ke kawasan yang teruk terjejas dengan insiden ini termasuk kawasan “red zone”.

Tour saya bermula di Odaka, iaitu kawasan hijau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kawasan-kawasan yang terjejas dilabelkan dengan 3 warna, hijau, oren dan merah. Buat masa ni, hanya kawasan hijau dan oren saja boleh tinggal dan kawasan merah hanya boleh masuk pada waktu siang saja (tak boleh bermalam).

Okay sebelum ramai yang tanya, tak bahaya ke terdedah dengan radiasi dekat kawasan ni?

Saya ke Fukushima dengan official tour. Di sepanjang tour saya, memang tour guide saya sentiasa buka bacaan Geiger di telefonnya untuk monitor bacaan radiasi di tempat tersebut. Secara totalnya, saya terdedah kurang dari paras bahaya sebab tak berapa lama di tempat yang tinggi radiasi tersebut.

Sejak dibuka kembali pada umum, hanya lebih kurang 43,000 penduduk saja kembali ke rumah mereka di Fukushima. Kebanyakan mereka dah settle down dekat tempat lain, dah bina kehidupan di tempat lain. Jadi boleh bayangkan lah betapa banyak rumah-rumah kosong dekat kawasan ni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rumah-rumah yang memang tuan dia dah tak nak boleh diminta untuk dirobohkan dan kos untuk merobohkan rumah ni akan ditanggung sepenuhnya oleh TEPCO dan kerajaan tempatan. Bahan binaan rumah ni juga dianggap sebagai bahan yang tercemar dan akan disimpan di lokasi tertentu mengikut tahap radiasi. Sebab tu kos nak robohkan rumah juga tinggi.

Tanah-tanah di kawasan terjejas juga dicemari dengan sisa radioaktif. Masa awal-awal kejadian dulu, memang lansung tak boleh tanam apa-apa pun waima bunga. Banyak tanaman terpaksa dilupuskan dan petani pun agak struggle juga. Tapi lepas 8-9 tahun, keadaan makin okay, tambahan dengan usaha Kementerian Alam Sekitar (Ministry of Environment) buang lapisan tanah atas yang terjejas.

Sebab tu masa Olimpik haritu, bouquet bunga yang ditanam dekat Fukushima atau lebih tepat bunga yang ditanam di Namie (kawasan merah) digunakan.. ia bagi menandakan sinar baru untuk pertanian di Fukushima ni. But it’s easier said than done. Stigma masih kuat, waima bunga pun orang takut nak pegang. Hm.

Tanah-tanah yang terjejas ni dikumpul di kawasan tertentu, memang dah terlampau banyak dah tanah tu. Saya sendiri tengok dan tak tahu macam mana kerajaan Jepun nak buat untuk lupuskan tanah tu, atau mereka nak biarkan saja untuk tempoh 30 tahun lagi sebab bahan radioaktif utama yang dapat dikesan masa letupan tu adalah Cesium 137 yang mana separuh hayatnya (half life) adalah 30 tahun.

Sumber: FB/Zunita Ramli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit pergaduhan hingga mengakibatkan seorang lelaki Australia parah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications