Hi, what are you looking for?

Dunia

Bandar Kherson Jatuh Ke Tangan Tentera Russia Sebentar Tadi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Bandar pelabuhan strategik utama yang terletak di selatan Ukraine, Kherson akhirnya dilapor sudah jatuh ke tangan tentera Russia sebentar tadi, lapor Aljazeera.

Kemaraan Russia yang menakluki bandar itu disahkan oleh datuk bandar, Igor Kolykhaev dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan media hari ini.

“Penceroboh Russia kini sedang berada di kesemua bahagian bandar dan ia sangat bahaya,” kata Pengarah Pentadbiran Kawasan, Gennady Lakhuta menerusi Telegram, memetik Aljazeera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, bandar pelabuhan itu dikepung ketika tentera Russia sedang mara meneruskan serangan merentasi bandar-bandar yang lain.

Dalam masa sama, bandar Berdiansk juga dilapor turut dirampas Russia.

Menurut laporan, Kherson merupakan kota besar pertama yang dilapor telah ditawan Russia setelah pertempuran sengit yang berlaku sejak seminggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, bandar pelabuhan Kherson yang terletak berhampiran dengan Laut Hitam itu menempatkan kira-kira 290,000 penduduk setakat ini.

Terdahulu, siasatan terhadap kemungkinan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan Russia ke atas Ukraine telah dilancarkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague.

Memetik The Guardian, bekas ‘gergasi’ Soviet Union itu juga turut didakwa melakukan jenayah kemanusiaan dalam pencerobohan ke atas Ukraine.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam British, Karim Khan berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan berpandukan siasatan terdahulu yang pernah dibuat mengenai Crimea dan Donbas tahun lepas.

“Saya sudah memberitahu kumpulan saya untuk mengumpul segala bukti yang boleh mengukuhkan lagi peluang untuk mendakwa mereka,” katanya.

Sumber: Al-Jazeera / CNA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Sebuah pesawat Boeing 737 yang terdampar di tengah kawasan lapang di Bali sejak bertahun-tahun lalu, kini menjadi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Dalam satu kejadian yang dilaporkan semalam, beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, Kelantan cedera...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menambah jumlah keanggotaan dalam pasukan elitnya iaitu Pasukan Multi...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Manchester United dilaporkan sudah bersetuju dengan nilai perpindahan sebanyak £15 juta (RM80.71 juta) diletakkan oleh Juventus...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications