Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Banduan Dakwa Diseksa Dengar Lagu “Baby Shark” Selama Berjam-Jam Ditemui Maut Dalam Penjara


Banduan Dakwa Diseksa Dengar Lagu “Baby Shark” Selama Berjam-Jam Ditemui Maut Dalam Penjara

Amerika Syarikat – Seorang banduan yang sebelum ini memfailkan saman terhadap penjara di Oklahama kerana mendakwa diseksa dan dipaksa mendengar lagu kanak-kanak popular, Baby Shark selama berjam-jam ditemui mati pada Ahad lalu, lapor NBC News.

Menurut Pegawai Pusat Tahanan Daerah Oklahoma dalam satu kenyataan berita, seorang pegawai penjara yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa, 48, tidak sedarkan diri sekitar jam 3.50 pagi waktu tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, pegawai perubatan telah dikerah ke lokasi kejadian namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi.

Peguam bela mangsa dalam satu kenyataan di Twitter mendakwa bahawa kematian anak guamnya itu adalah suatu kes misteri dan ia merupakan banduan yang ke-14 mati di penjara itu tahun ini.

“Saya berduka atas pemergian anak guam saya yang diseksa dan meninggal dunia pada hari ini dalam tahanan Penjara Daerah Oklahoma,” tulisnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes perbicaraan yang seterusnya mengenai tuntutan penderaan tersebut dijadualkan pada 22 September ini, lapor The Oklahoman.

| KampungmamakcomGambar: NBC News

Sehingga kini, punca kematian lelaki berkenaan masih belum dapat dikenalpasti.

Terdahulu, mangsa termasuk empat banduan lain memfailkan saman undang-undang hak sivil persekutuan selepas mendakwa pegawai penjara melakukan kekerasan dan disiplin yang berlebihan pada tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kes itu seorang polis dan dua bekas pegawai penjara telah disabitkan atas dakwaan itu.

Menurut laporan yang difailkan, mangsa dan seorang lagi banduan terpaksa mendengar lagu Baby Shark sambil berdiri dan diseksa selama berjam-jam pada tahun 2019.

Lagu berkenaan dianggap sebagai satu bentuk hukuman emosi dan tidak berperikemanusiaan sewaktu diseksa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala pada tahun yang sama, seorang lagi banduan didakwa telah ditarik keluar dari ruangan sel untuk berdiri selama tiga hingga empat jam sambil digari.

Laporan mahkamah turut mendedahkan bahawa salah seorang banduan tidak dipaksa untuk mendengar lagu tersebut namun diseksa dan diludah.

Peguam Daerah Oklahama, David Prater mendakwa bahawa dua bekas pekerja penjara dan penyelia terlibat dalam penyeksaan dan salah laku pada Oktober 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pada 19 Ogos lalu, seorang banduan dilapor membunuh diri manakala tiga banduan lagi meninggal dunia pada Julai, maklum pegawai penjara.

Sumber: NBC News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement