Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2, Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini


‘Bakal menjadi bangunan tertinggi di Sarawak or maybe Borneo?’

Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2, Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini. Menerusi perkongsian Facebook rasmi Vivacity Megamall, bangunan pencakar langit yang dikenali sebagai bangunan Vivacity 2 bakal dibangunkan di Kuching, dan terletak bersebelahan Vivacity Megamall.

Vivacity 2, dikhabarkan sebuah pembangunan bertingkat 50 yang ikonik, dijadualkan untuk dilancarkan pada suku keempat tahun 2023 sebagai sambungan kepada pembangunan Vivacity di Kuching.

| Kampungmamakcom Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2 Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini
Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2 Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini

Menara pencakar langit ini akan menjadi mercu tanda yang dominan di langit Kuching.

Dibangunkan dengan matlamat untuk menjadikan Vivacity sebagai ekosistem yang berkembang pesat, Vivacity 2 akan menawarkan kondominium mewah, penthaus, ruang korporat dan pelbagai peluang komersial dan perniagaan.

Jika dilihat melalui laman web rasmi pihak yang mengambil projek Vivacity 2 ini, telah dijadualkan bahawa projek tersebut bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2023 iaitu bulan Oktober hingga Disember 2023 ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2 Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini
| Kampungmamakcom Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2 Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini

Bangunan ini mempunyai 240 bilik hotel 

Dengan kehadiran Vivacity 2, pembangunan Vivacity akan menjadi lebih maju dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Warga Kuching dan penduduk sekitarnya akan dapat menikmati pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia di Vivacity 2.

Masyarakat setempat akan mendapat manfaat daripada pembangunan ini kerana ia akan membawa lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. Pelancong juga akan teruja dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan di Vivacity 2, termasuk kondominium mewah dan kemudahan perniagaan yang lengkap.

Dengan pelancaran Vivacity 2 pada suku keempat tahun 2023, Kuching akan mempunyai satu lagi mercu tanda yang menarik perhatian. Selain itu, ia akan memperkukuhkan lagi kedudukan Kuching sebagai sebuah bandar yang pesat membangun dan maju.

| Kampungmamakcom Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2 Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini

Ketahui juga bahawa hotel yang terabai bertahun kini sedang dinaik taraf menjadi Sky Bar yang pertama di Kuching. Lihat pautan di bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

0 LEVERKUSEN – Pengarah Bayer Leverkusen, Simon Rolfes memberikan jaminan pengendali pa­sukan itu, Xabi Alonso akan terus kekal bersama kelab berkenaan menghadapi saingan musim...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Advertisement