Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Banjir besar di Brazil ragut hampir 40 nyawa


MUÇUM: Angka korban akibat taufan yang membawa hujan lebat dan mencetuskan banjir di selatan Brazil meningkat kepada sekurang-kurang 36 mangsa, semalam, ketika wilayah terbabit dijangka berdepan ancaman cuaca lebih buruk.

Banjir besar turut menyebabkan sebilangan penduduk terpaksa memanjat ke bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

Operasi kecemasan besar-besaran telah dilancarkan, dengan pegawai memaklumkan lebih 1,000 penduduk sedang menunggu untuk diselamatkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ribut yang melanda sejak Isnin lalu itu juga menenggelami seluruh kawasan kejiranan di negeri Rio Grande do Sul.

“Air naik begitu cepat, malah saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang. Saya kehilangan segala-galanya.

“Ramai yang menjerit meminta pertolongan. Kami bersyukur kerana terselamat dan masih hidup,” kata Paulo Roberto Neto Vargas, 39, yang tinggal di bandar Roca Sales – antara kawasan paling terkesan di mana anggota pasukan kecemasan menemui enam mayat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Banjir kilat serta tanah runtuh ‘melenyapkan’ sebahagian besar kawasan yang terjejas, termasuk memusnahkan kediaman dengan air lumpur.

Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite yang melakukan tinjauan udara merentasi kawasan yang ditenggelami banjir, berkata ribuan penduduk sedang menunggu untuk diselamatkan.

“Terdapat banyak keluarga masih terkandas di atas bumbung kediaman mereka,” katanya yang turut mengisytiharkan darurat dengan menyifatkan bencana kali ini sebagai ‘malapetaka cuaca paling berdarah’ pernah melanda Rio Grande do Sul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Leite sekali gus memberi amaran keadaan dikhuatiri boleh menjadi semakin buruk, berikutan hujan lebat dijangka terus melanda hingga Khamis yang juga Hari Kemerdekaan Brazil.

Ratusan anggota penyelamat, polis dan sukarelawan bertungkus lumus untuk mengakses kawasan yang terputus hubungan akibat banjir.

Menurut pihak berkuasa, bencana itu menjejaskan sekurang-kurang 52,000 penduduk dan 70 bandar secara keseluruhan, dengan lebih 5,300 mangsa banjir terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Banjir turut menenggelami sebahagian besar daripada pekan Mucum yang mempunyai kira-kira 5,000 penduduk di mana 14 mayat telah ditemui.

Antara mangsa terkorban dalam bencana kali ini ialah seorang wanita berusia 50 tahun di bandar Lajeado. Anggota pasukan kecemasan berusaha menyelamatkannya tetapi kabel yang digunakan terputus menyebabkan mangsa terjatuh ke sungai yang dilimpahi air banjir. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications