Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Banjir: Konvoi motosikal berkuasa tinggi Singapura hanyut redah bah


MERSING – Sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air bah di Jalan Nitar, Mersing hari ini.

Difahamkan motosikal yang mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi itu mengalami kerosakan ketika meredah banjir di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ketika dihubungi kejadian dipercayai berlaku pada tengahari tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, berdasarkan maklumat, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu. Berdasarkan maklumat kejadian pada tengahari tadi.

“Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang dinaiki antara mereka rosak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kumpulan Konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan konvoi terbabit kemudian meneruskan perjalanan dengan bantuan tow truck.

Tular sebuah video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air bah.-KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement