Hi, what are you looking for?

Tempatan

Banjir: Terengganu, Kelantan meningkat kepada 14,844 orang


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat kepada 14,844 mangsa membabitkan 4,664 keluarga hari ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 10 malam tadi, sebanyak 190 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan pecahan 66 PPS di Kelantan dan 124 PPS di Terengganu.

“Di Kelantan, seramai 7,658 mangsa membabitkan 2,475 keluarga dipindahkan terdiri daripada 4,960 individu dewasa, kanak-kanak (2,493), bayi (205), warga emas (454) dan 55 Orang Kurang Upaya (OKU).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Manakala di Terengganu melibatkan seramai 7,186 mangsa daripada 2,189 keluarga. Individu dewasa direkodkan sebanyak 4,926 orang, kanak-kanak (2,100), bayi (160), warga emas (244) serta OKU (60),” ujarnya.

Sementara itu, di Kelantan, sebanyak 31 PPS dibuka hari ini melibatkan daerah Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Kota Bharu, Jeli, Pasir Puteh dan Pasir Mas.

Di Terengganu, sejumlah 41 PPS dibuka hari ini membabitkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENANTIAN panjang peminat menantikan sekuel filem Pengabdi Setan yang pertama kali ditayangkan pada 2017 tamat usai Pengabdi Setan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERA – Mayat kedua mangsa lemas yang hilang dibawa arus deras Sungai Triang dekat Kampung Kerayong di sini...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENYERTAAN kali kedua dalam saingan Liga Fantasi Kosmo! membawa tuah buat Radzi Shamsudin apabila berjaya menjadi salah seorang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Polis memutuskan untuk menghentikan siasatan dakwaan berlaku serangan seksual terhadap isteri Inspektor Jeneral Ferdy Sambo, Putri Candrawathi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications