Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri sebelum ini memperlihatkan pelbagai kerosakan seperti rumah, kenderaan dan pelbagai lagi infrastruktur lain.
Dalam keadaan yang panik, kebanyakan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang mereka kerana keadaan air banjir yang terus meningkat.
Selain harta benda di atas, salah satu perkara penting yang kadang kala kita terlepas pandang adalah wang kertas yang mudah rosak akibat banjir.
Tetapi jangan risau, menurut Bank Negara Malaysia (BNM), duit yang rosak akibat banjir boleh ditukar di mana-mana bank yang berdekatan dengan korang.
Sebelum melakukannya, korang perlu mengetahui bahawa nilai pertukaran dan tempoh ganti nilai bergantung pada keadaan wang kertas ringgit yang rosak.

Sementara itu, bagi kes wang kertas ringgit rosak yang jelas, korang diberikan ganti nilai pada hari yang sama dan bagi kes yang tidak jelas pula, institusi kewangan akan merujuk BNM untuk penilaian lanjut. Korang akan diberikan ganti nilai pada tarikh lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wang kertas ringgit rosak, sila layari bnm.gov.my/MataWangMalaysia.
Sumber: Bank Negara Malaysia
