Hi, what are you looking for?

Bantu Rakan Baiki Kereta Sebelum Jadi Korban Nahas – Adik

Mamak News

Bantu Rakan Baiki Kereta Sebelum Jadi Korban Nahas – Adik


SHAH ALAM, 18 Dis (Bernama) — “Saya sempat berbual dengan abang kira-kira pukul 10 malam tadi ketika beliau pulang dari kerja dan bersiap-siap untuk keluar semula difahamkan bagi membantu rakannya yang mengalami kerosakan kereta di jalan raya,” kata Muhamad Farhan Rolex.

Muhamad Farhan, 24, adik kepada Mohamad Rahimi Rolex, 27, yang merupakan seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri berhampiran kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya ELITE menghala Shah Alam di sini, malam tadi.

Beliau berkata bapanya, Rolex Shapiai memberitahu bahawa Mohamad Rahimi masih belum pulang meskipun waktu itu sudah pukul  12.30 tengah malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bantu Rakan Baiki Kereta Sebelum Jadi Korban Nahas – Adik
Sumber: BH Online

“Bapa cuba menghubungi telefon abang saya beberapa kali sehinggalah seorang individu yang tidak dikenali menjawab panggilan itu dan memberitahu keadaan yang menimpa beliau,” katanya kepada Bernama di bilik mayat Hospital Shah Alam, di sini.

Muhamad Farhan berkata sudah menjadi kebiasaan bagi abangnya yang merupakan seorang mekanik, menghulurkan bantuan kepada pemandu yang kenderaan mereka mengalami kerosakan di jalan raya.

BACA: Tragis! 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler

Bernama difahamkan rakan kepada Mohamad Rahimi yang meminta bantuan bagi membaiki kereta Perodua Axianya turut mengalami kecederaan iaitu patah kaki dalam nahas tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, tinjauan Bernama di bilik mayat hospital itu mendapati suasana sugul menyelubungi ahli keluarga dan sahabat handai mangsa.

Selain Mohamad Rahimi, nahas membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler itu yang melibatkan 17 mangsa, turut mengorbankan seorang wanita dan lapan anaknya.

Sumber: BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications