Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB


Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup - PBB

Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB

WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu menyatakan lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak menerima bantuan yang mencukupi dan mendesak supaya gencatan senjata sepenuhnya dilaksanakan di wilayah itu.

“Tahap bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan lebih dua juta orang. Walaupun jumlah jumlah bahan api yang dibenarkan masuk ke Gaza meningkat, ia masih tidak mencukupi untuk menyokong operasi asas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Orang awam di Gaza memerlukan kemasukan berterusan bantuan kemanusiaan dan bahan api ke wilayah itu. Akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan kepada semua penduduk yang memerlukan adalah mendesak,” kata Guterres dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat, lapor Agensi Anadolu.

Guterres pada masa sama menyambut baik jeda kemanusiaan baru-baru ini antara Israel dan Hamas tetapi menegaskan tiada tempat selamat di Gaza.

“Rundingan intensif sedang berlangsung untuk melanjutkan jeda kemanusiaan — yang amat kami alu-alukan — tetapi kami percaya kami memerlukan gencatan senjata yang sebenar,” kata Guterres.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Qatar pada Isnin mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan kepada dua hari lagi berbanding tempoh empat hari yang dipersetujui sebelum ini.

Guterres berkata di Gaza, lebih dua pertiga daripada mereka yang terbunuh dilaporkan adalah kanak-kanak dan wanita.

“Dalam tempoh beberapa minggu, jumlah kanak-kanak terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza jauh lebih ramai berbanding jumlah keseluruhan kanak-kanak yang terbunuh pada mana-mana tahun oleh mana-mana pihak dalam konflik sejak saya menjadi Setiausaha Agung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia dinyatakan dengan jelas dalam laporan tahunan Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata yang saya serahkan kepada Majlis (UNSC) pada setiap tahun,” katanya.

Sejak konflik bermula, Guterres berkata seramai 111 pekerja PBB terbunuh di Gaza.

“Ini mewakili kehilangan kakitangan terbesar dalam sejarah organisasi kami. Biar saya jelaskan: Orang awam, termasuk kakitangan PBB mesti dilindungi. Objek awam, termasuk hospital mesti dilindungi. Kemudahan PBB tidak boleh diserang,” katanya sambil menggesa semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Guterres berkata banyak lagi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di Gaza.

“Gaza memerlukan peningkatan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, air, bahan api, selimut, ubat-ubatan dan bekalan penjagaan kesihatan dengan serta merta dan berterusan. Penting untuk diakui bahawa lintasan sempadan Rafah tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi, terutamanya mengambil kira kadar prosedur yang perlahan. .

“Itulah sebabnya kami menggesa pembukaan lintasan lain, termasuk Kerem Shalom dan penyelarasan mekanisme pemeriksaan untuk membolehkan peningkatan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi beliau menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan sahaja tidak akan mencukupi.

Beliau berkata penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa, mesti direalisasikan.

“Rakyat Gaza berada di tengah-tengah malapetaka kemanusiaan yang epik di mata dunia. Kita tidak boleh memalingkan muka,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Ingat Lagu Galau, Vokalis D’Masiv Dedah ‘Rindu Setengah Mati’ Sebenarnya Lagu Ketuhanan

Sumber: Bernama

The post Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement