Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Banyak Rupanya, Ini Nama Tanjak Di Setiap Negeri Yang Ramai Tak Tahu


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Banyak Rupanya, Ini Nama Tanjak Di Setiap Negeri Yang Ramai Tak Tahu

Tanjak atau tengkolok merupakan busana warisan Melayu yang telah diwarisi sejak zaman dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adat memakai tanjak ini sudah lama dipakai dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dahulu tanjak akan dipakai oleh raja dan pembesar Melayu. Namun, kini tanjak digunakan dalam majlis istiadat diraja atau dipakai oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Lazimnya, tanjak merupakan aksesori yang disarungkan di atas kepala khas untuk orang lelaki sahaja. Ia akan dipadankan dengan sampin, baju melayu berserta keris selit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pasti ramai yang tidak tahu bahawa tanjak juga mempunyai pelbagai jenis nama mengikut negeri di Malaysia.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @penceritatv berkongsi mengenai nama-nama tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Tahu tidak nama tanjak di negeri korang? tak tahu kan jom ambil tahu belajar sikit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebenarnya semua negeri yang ada di Malaysia ada tanjak sendiri dan ada nama tanjak yang tersendiri. Nama pun best-best, nama pun padu-padu. 

Nama-Nama Tanjak Melayu Mengikut Negeri 

Negeri Perlis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, bagi negeri Perlis, tanjak dipanggil sebagai Putera Kayangan.

Negeri Kedah 

Nama tanjak di negeri Kedah pula, pucuk rebung, dayung emas, sampang perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Negeri  Pulau Pinang 

Di negeri Pulau Pinang, ia dipanggil sebagai getam penaga. Tambahnya, dulu orang Pulau Pinang di bawah Kedah, jadi tanjak dari negeri Kedah juga merupakan tanjak Pulau Pinang.

Negeri Perak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara tanjak yang paling popular di negeri Perak ialah tanjak ayam patah kepak, helang menyusur angin serta helang menyosong angin.

Negeri Selangor 

Nama tanjak di Selangor pun banyak antaranya Balong Raja, Anak Helang Kembang Sayap serta helang terbang rendah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Negeri Sembilan

Orang Negeri sembilan pula memanggil tanjak adalah deta, jadi antara tanjak yang popular di negeri sembilan ialah Deta dendam tak sudah, Deta solo timbung serta deta olang menyunsung angin.

Negeri Melaka

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanjak yang paling popular di negeri Melaka ialah Gajah tembuluh yang dipakai oleh laksamana hang Tuah.

Tapi sebenarnya negeri Melaka boleh mendapatkan banyak tanjak, hal ini disebabkan kebanyakan negeri di Malaysia berada di bawah jajahan negeri Melaka. Maka, sebab itu, tanjak dari negeri lain boleh dipakai di negeri Melaka.

 Negeri Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanjak di negeri Pahang adalah unik dan lain daripada negeri lain. Antaranya Bugis tak balik, cogan daun kopi serta lang menyonsong angin.

Negeri Johor

Nama tanjak dikenali sebagai belah mumbak, laksamana Johor Riau, Lubang layar dan tebing runtuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Negeri Kelantan

Nama tanjak di negeri Kelantan pula berunsur Islamik. Antara nama tanjak di negeri Kelantan ialah getam budu, getam Raja Muda dan getam Selai daun.

 Negeri Terengganu 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanjak Terengganu pun ada, antaranya tanjak Belalai Gajah, Anak belalai Gajah serta Dato’ Bijaya.

Selain daripada tanjak negeri terdapat  juga tanjak mengikut kaum,bangsa atau etnik.

Antaranya, orang bangsa pattani menggunakan tanjak Pasir Tinggi. Orang Banjar menggunakan tanjak  helang maurak halar atau helang mengembang sayap. Orang asli di Kedah pula menggunakan tanjak wilah. Manakala, orang Bugis menggunakan tanjak Pasapu dan orang Minangkabau menggunakan salwa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@penceritatv

Nama tanjak negeri korang #pencerita #tiktokguru #tiktoksilat

♬ original sound – Azrul Affandi Sobry – Azrul Affandi Sobry

Sumber: Azrul Affandi Sobry

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement