Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Bapa bunuh rakan pedofilia dibebaskan awal dari hukuman penjara


MOSCOW: Kisah seorang bapa yang terlepas daripada hukuman berat kerana menyebabkan kematian rakan baiknya yang diketahui merupakan pelaku pedofilia mencetuskan simpati di seluruh Russia dan menjadi tajuk utama di beberapa agensi media.

Vyacheslav Matrosov,34, dan Oleg Sviridov, 32 dilaporkan berkawan baik sebelum episod maut itu berlaku.

“Suatu hari ketika Sviridov tertidur, Matrosov mengambil telefonnya dan terkejut melihat video anak perempuannya merayu dilepaskan selepas dipaksa oleh rakan baiknya itu untuk melakukan aksi seks.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan dilakukan polis selepas kejadian menyatakan telefon Sviridov turut mengandungi video dia merogol gadis lain dari kampung itu dan didapati mendera kanak-kanak selama lima tahun sebelum Matrosov menemui rakaman pada telefonnya itu,” jelas dokumen mahkamah.

Matrosov membuat laporan polis selepas Sviridov enggan menyerah diri dan polis mula memburu pesalah seks itu sebelum mayatnya ditemui di kubur sementara berhampiran kampung Vintai pada September 2021.

Matrosov memberitahu polis dia tidak berniat untuk membunuh Sviridov tetapi berkata, rakannya itu terjatuh dan tertikam dengan pisau yang dipegangnya semasa pertengkaran mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Matrosov kemudian ditahan namun kisahnya mendapat perhatian ramai penduduk kampung dan mereka mengumpul dana bagi membiayai perjuangan undang-undang bapa kepada dua anak itu.

“Setiap bapa yang berdepan masalah ini pasti akan melakukan perkara serupa. Dia juga menyelamatkan anak-anak kami daripada potensi penderaan pedofilia. Oleh itu, kami menuntut persefahaman daripada cabang eksekutif, Kementerian Dalam Negeri dan Jawatankuasa Penyiasatan,” jelas petisyen yang menggesa Matrosov dibebaskan.

Pada April 2022, Matrosov disabitkan bersalah kerana menghasut seseorang untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri dengan ugutan atau penderaan oleh Mahkamah Krasnoglinsky di Samara dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi Matrosov dibebaskan selepas hanya enam bulan menjalani hukuman dan Peguam, Vera Podkolzina berkata, bukti video kesalahan Sviridov membantu hukuman ringan Matrosov.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications