Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Bapa Dah Tak Jadi PM Lagi, Penyanyi Dafi Dakwa Semua ‘Kawan’ Dan Tawaran Kerja Hilang


“Saya dah jangka pun perkara ini akan berlaku,” katanya

Bapa Dah Tak Jadi PM Lagi, Penyanyi Dafi Dakwa Semua ‘Kawan’ Dan Tawaran Kerja Hilang. Gaddafi Ismail Sabri, atau juga dikenali sebagai Dafi, baru-baru ini mendakwa bahawa ramai daripada ‘rakan’ dan tawaran kerja telah hilang selepas bapanya gagal dipilih semula sebagai Perdana Menteri.

Anak kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu yang juga merupakan penyanyi, juga berkata perkara tersebut sudah dijangka akan berlaku.

Bapa Dah Tak Jadi PM Lagi, Penyanyi Dafi Dakwa Semua ‘Kawan’ Dan Tawaran Kerja Hilang

“Tak dibalas, nanti dikatakan sombong.”

Menurut temu bualnya dengan mStar baru-baru ini, penyanyi yang berusia 35 tahun itu berkongsi bahawa semasa bapanya menjadi perdana menteri ke-9, ramai ‘kawan’ telah menghubunginya melalui akaun media sosialnya.

Beliau berkata, beliau masih ingat ketika beliau menghabiskan sepanjang malam hanya untuk membalas mesej, kerana beliau akan dilabel sebagai ‘sombong’ jika tidak membalas, terutama daripada mereka yang menghubunginya dengan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, beliau berasa lebih kecewa kerana beberapa tawaran kerja yang pernah ditawarkan kepadanya sebelum ini turut dibatalkan tanpa sebab susulan bapanya tidak lagi memegang jawatan perdana menteri.

Tawaran kerja bukan tiada langsung, masih ada. Tapi ada juga yang sudah dipersetujui tetapi dibatalkan begitu sahaja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi, sedangkan sebelum itu beria-beria beri tawaran. Saya tak mahu persoalkan sangat kerana menganggap sudah tiada rezeki,”

ujarnya lagi.

Tidak pernah mengambil kesempatan atas jawatan disandang bapanya

Meskipun begitu, Dafi menegaskan bahawa beliau tidak pernah cuba mengambil kesempatan atas jawatan disandang bapanya.

Hal ini kerana beliau tidak mahu mencampuri urusan politik bapanya kerana menghormati peminat yang mungkin mempunyai fahaman berbeza dalam hal terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kredit: arkib NSTP

Ayah saya bukan jenis begitu. Dia pun bermula dari bawah. Maknanya dia tahu rasa puas itu datang apabila semua itu hasil titik peluh sendiri. Kami adik-beradik tak dapat apa-apa keistimewaan pun,”

katanya lagi.

Dafi turut menceritakan pengalamannya memecah tabung simpanannya untuk digunakan menampung kehidupan ketika tiada tawaran nyanyian atau pun lakonan.

Mereka tidak tahu situasi sebenar malah waktu saya tiada sebarang tawaran, saya pernah pecah tabung syiling dan bawa ke bank untuk ditukar buat belanja sampai hujung bulan. Ayah tak bagi duit pun. Saya pula bukan jenis meminta-minta. Memang malu apabila dah besar pun masih mengharapkan ibu bapa,”

ujarnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications