Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Bapa Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun 


bapa rogol anak tiri

Bapa Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun 

PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 42 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas seorang penganggur atas kesalahan merogol anak tirinya yang masih di bawah umur sebanyak 105 kali dalam tempoh tiga tahun.

Lelaki berusia 36 tahun itu juga diperintah dikenakan sebatan rotan 24 kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin yang menolak rayuan lelaki itu terhadap hukuman penjara.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Hakim Hadhariah berkata mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 42 tahun dan 24 sebatan terhadap lelaki itu.

“Apa jenis bapa yang merogol anaknya sendiri atau anak tiri, (walaupun) sekali kita tidak boleh maafkan, apa lagi 105 kali,” kata Hakim Hadhariah semasa prosiding rayuan, sambil menambah kanak-kanak itu telah menderita 105 kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa sepatutnya melindungi anak-anak mereka dan bukannya memudaratkan mereka, katanya sambil menambah mahkamah lebih prihatin untuk melindungi kanak-kanak dan remaja perempuan.

Beliau berkata mahkamah telah menjalankan kajian yang menunjukkan kes sedemikian semakin meningkat dan tidak yakin lelaki itu telah menyesal.

Terdahulu peguam K.A. Ramu, yang mewakili lelaki itu memberitahu mahkamah anak guamnya akan meringkuk di dalam penjara sehingga usianya 63 tahun dan memohon mahkamah agar memendekkan tempoh penjara kepada 30 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata anak guamnya telah menyesal dan mahu kembali ke pangkuan masyarakat.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Tahir, yang menyifatkan perayu sebagai “seorang lelaki yang sakit”, berkata hukuman penjara 42 tahun itu adalah wajar.

BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata perayu melakukan kesalahan itu ketika ibu kanak-kanak tersebut berada di tempat kerja.

Pada 27 Jan 2021, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya itu di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya Selangor. Pada 2018, mangsa berusia 12 tahun.

Dia telah merogol mangsa sebanyak 58 kali pada 2018, 35 kali pada 2019 dan 12 kali pada 2020, menjadikan jumlah keseluruhan pertuduhan kepada 105. Mahkamah Sesyen turut memerintahkan lelaki itu diberi 24 sebatan rotan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Klang mengurangkan hukuman penjara kepada 42 tahun dan mengekalkan hukuman 24 sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. Dia mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sumber: BERNAMA

The post Bapa Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun  appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications