Hi, what are you looking for?

Sukan

Barcelona kembali lonjak semangat Lewandowski


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BARCELONA – Penggempur baharu Barcelona, Robert Lewandowski (Lewy) mengakui sangat lega dan gembira untuk menyertai kelab itu sekali gus menamatkan spekulasi dan kontroversi yang melanda ketika bersama Bayern Munich sebelum ini.

Dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar dari Poland, Lewy mengakui bahawa dia memerlukan cabaran baharu dalam karier selepas memenangi segala-gala­nya di Jerman bersama Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

“Saya tahu karier saya bersama Bayern boleh diteruskan, tetapi saya perlukan cabaran baharu. Trofi dan gelaran di Jerman sudah tentu satu yang pen­ting, namun ia seakan sudah tidak memberikan kepuasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akui bahawa beberapa kenyataan saya ketika di Ba­yern menyebabkan saya dalam masalah. Saya perlukan satu anjakan baharu dan sudah tentu ia adalah proses perpindahan dan mencari kelab baharu.

“Di Barcelona, segala-galanya berubah, keadaan sekitar dan rakan-rakan juga. Saya seperti anak kecil yang sedang berjalan ke sebuah kedai permainan yang besar,” jelasnya.

Lewy turut mengakui bahawa dia sudah lama bercita-cita untuk beraksi di saingan La Liga dan kali ini impiannya itu menjadi kenyataan menyebabkan dia rasa sangat gembira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sentiasa mahu beraksi di La Liga, tinggal di Sepanyol dan menikmati apa yang terbaik ada di sini.

“12 tahun di Jerman adalah tempoh masa yang lama. Saya sudah meraih segala-galanya di Bundesliga. Saya tidak mahu nanti, saya berada di hadapan cermin kemudian menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Tiga individu dan sebuah syarikat didenda RM791,775 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUANTAN, 5 Okt (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijangka menerima lima jentera Urban Search and...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MADRID – Jurulatih Real ­Madrid, Carlo Ancelotti enggan menuding jari kepada Karim Benzema menyebabkan rekod kemenangan bersih juara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan dakwaan berlaku kes penculikan bertujuan untuk penjual organ manusia kepada hospital-hospital di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications