Hi, what are you looking for?

Sukan

Barcelona sudah sedia tawan San Siro


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez melaungkan keyakinan anak-anak buah­nya sudah bersedia menggempur gawang Inter Milan untuk membawa pulang tiga mata dari San Siro awal pagi esok.

Aksi ketiga Kumpulan C Liga Juara-Juara itu merupakan peluang terbaik buat The Catalans untuk menebus kekalahan 0-2 di tangan gergasi Jerman, Ba­yern Munich sewaktu perlawanan kedua bulan lalu.

“Kami masih mempunyai impian besar dalam kejohanan ini. Jika tidak, lebih baik kami duduk di rumah sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mentaliti di Barcelona ha­nyalah mengenai kemenangan. Saya sama seperti semua orang lain, mahu menang. Saya tidak dapat bayangkan kalau kami turun bertanding tanpa memikirkan kemenangan.

“Namun, kami perlu sentiasa merendah diri. Setiap perlawanan ibarat ‘perang’ kerana kami sudah lama tidak memenanginya (Liga Juara-Juara) sejak 2015,” kata Xavi.

Barisan pemain Barcelona juga ketika ini dilihat berada pada momentum terbaik selepas berjaya mengungguli carta La Liga buat kali pertama musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia susulan juara bertahan yang juga seteru tradisi, Real Madrid tercicir mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Osasuna di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Robert Lewandowski bakal terus menjadi pertaruhan utama Barcelona apabila dia sudah meledak sembilan gol daripada tujuh perlawanan La Liga termasuk satu gol menewaskan Real Mallorca kelmarin. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHANGHAI: Sejumlah penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di Shanghai pada awal pagi ini bagi mendesak kerajaan menghentikan polisi...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Penggempur sensasi Poland, Robert Lewandowski berdepan suasana penuh emosi ketika menyumbangkan satu gol untuk membantu Poland...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JASIN – Seorang kontraktor maut manakala anaknya parah selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang menukar tayar kereta di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Pesanan penting buat ibu ayah,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications