Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Basarnas siap siaga hadapi kesan El Nino


JAKARTA: Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) mendakwa Indonesia menjangkakan fenomena iklim El Nino berpotensi mencetuskan kemarau berpanjangan di negara itu.

Lapor CNN Indonesia, cuaca panas itu diramalkan mencapai paras kemuncak pada akhir tahun ini.

“Oleh itu, kami dalam keadaan siap siaga 24 jam bagi menggerakkan anggota,” kata Timbalan Tenaga dan Pembangunan Basarnas, Moh Barokna Haulah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian pada acara sampingan forum pengurangan bencana kecemasan dan penyelamatan Indonesia yang berlangsung di Jakarta.

Selain itu, Moh Barokna turut mengingatkan strategi pengurusan bencana akibat El Nino juga menjadi bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian dan agensi lain.

Katanya, beberapa agensi seperti Badan Pencegahan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) serta Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan akan memberi tumpuan untuk meminimumkan kes kebakaran hutan dan tanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, Basarnas sudah mempergiatkan latihan dan menyediakan tenaga kerja mencukupi bagi membantu mangsa yang terjejas.

Moh Barokna juga mendakwa teknologi dimiliki Indonesia cukup canggih untuk menangani bencana alam termasuk kemarau.

“Hampir semua teknologi dimiliki (canggih) kerana kami merupakan pasukan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dari segi bilangan, kita mempunyai banyak peralatan kerana operasi penyelamatan meliputi seluruh Indonesia, malah ada kalanya turut membantu luar negara yang dilanda bencana,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement