Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Batal konsert Coldplay? ‘Apa beza dengan konsert Aina Abdul’


PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice menyifatkan tindakan sebilangan pihak mendesak kerajaan membatalkan konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan berlangsung esok sebagai tidak rasional.

Katanya, banyak lagi cara lain boleh dilakukan sebagai alternatif menunjukkan solidariti terhadap situasi dilalui rakyat Palestin, bukannya terus menolak kemasukan artis antarabangsa.

“Apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul contohnya? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa yang desak untuk batalkan.

“Apa beza juga dengan persembahan Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza (GV)? Bagi saya dua-dua itu adalah hiburan,” katan Caprice, 35, menerusi perkongsian dalam Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu berharap masyarakat Malaysia lebih matang apabila mengulas isu Palestin walaupun mahu bersolidariti.

Baginya, industri hiburan juga perlu berlangsung seperti biasa kerana itu juga punca pendapatan penggiatnya.

Katanya, dia yakin hiburan ini bukan satu kesalahan kerana masing-masing masih boleh menzahirkan doa dan berkongsi bahan kandungan mengenai situasi di Gaza menerusi laman sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Palestin sudah melalui peperangan lebih dari 75 tahun sebelum kita lahir lagi. Kalau kita nak tunjuk hormat, bersolidariti, saya rasa ada banyak lagi cara lain boleh dilakukan daripada nak suruh kita jangan berhibur atau jangan tengok hiburan.

“Contohnya banyakkan berdoa, bersedekah, kongsikan informasi atau maklumat mengenai Palestin, boikot produk yang membantu mereka dan macam-macam lagi.

“Tapi kalau orang nak kita tak ada hiburan sebagai tanda hormat, baik tutup Astro, Tik Tok, pawagam, radio, Facebook dan Spotify misalnya sebab dalam platform ini ada hiburan,” ulasnya.

Dijangkakan, seramai 85,000 penonton bakal memenuhi stadium bagi menyaksikan persembahan band tersohor asal United Kingdom yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

Demam konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur sejak pengumuman penganjur Mei lalu mencetuskan polemik apabila ramai meminta konsert ini dibatalkan terutama sebagai tanda sensitiviti terhadap konflik berdarah di Palestin.- KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications