Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Batalkan konsert Coldplay? ‘Mereka tak beli tiket pun’


SHAH ALAM – Maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS menegaskan penelitian terperinci perlu dilakukan sekiranya ingin membatalkan konsert Coldplay Music Of The Spere yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Rabu ini.

Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram berkata, banyak perkara perlu dinilai semula sekiranya konsert band asal Britain itu mahu dibatalkan seperti yang didesak oleh segelintir pihak.

“Bagi membatalkan konsert tersebut, beberapa elemen perlu dilihat dari pelbagai sudut sebab akan ada banyak perkara yang terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang ini bercakap untuk batalkan konsert ialah mereka melihat dari isu yang mana? Agama, tingkah laku, perniagaan, ekonomi atau sebagainya? Ada banyak.

“Saya tak mahu jawab isu ini kerana banyak elemen yang terlibat dan perlu diteliti. Semua elemen itu ada ‘plus minus’ (kebaikan dan keburukan),” katanya pada sidang akhbar selepas konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (GV10) semalam.

Sementara itu, dia juga berpendapat, individu menyuarakan hasrat untuk konsert itu dibatalkan kebanyakannya adalah golongan yang yang tidak membeli tiket.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau cakap tentang ekonomi, perlu selidik dari aspek penjualan tiket, tempah hotel dan beli tiket kapal terbang, semua itu melibatkan duit.

“Sebenarnya yang suruh batalkan konsert ialah orang yang tak beli tiket.

“Isu pembelian tiket pula melibatkan banyak perkara seperti penaja, penyanyi, stadium dan banyak lagi, semuanya berkait rapat,” jawabnya ringkas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah turut menasihatkan supaya konsert Coldplay tidak diteruskan kerana disifat melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di Malaysia. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications