Netizen puas hati apabila niat seorang pemandu Honda City mahu mengelak dari membayar tol dengan memandu secara merapati kereta di hadapannya digagalkan pemandu tersebut.
Isu ‘menyelit’ kerana mahu mengelak dari membayar tol bukanlah satu perkara yang baharu, malah perkara ini seringkali dilaporkan. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja dilakukan oleh pengguna kereta, malah ianya turut membabitkan penunggang motosikal yang menggunakan laluan tol yang sama sehingga menyusahkan kenderaan yang membayar tol tersebut.
Pada awal pagi tadi, salah seorang ahli group Facebook You Drive Like An A$$hole (YDLAA) telah berkongsi sebuah rakaman video dashcam di mana dia berjaya menggagalkan cubaan sebuah kereta Honda City yang cuba menyelit dibelakangnya untuk mengelak dari membayar tol di laluan Touch ‘n Go.
Melihat pada rakaman video dashcam tersebut, lelaki ini telah menghidu lebih awal niat pemandu tersebut lalu mengambil keputusan dengan memperlahankan dan memberhentikan kenderaannya apabila melepasi palang tol agar kereta Honda City tersebut tidak berjaya melepasi palang tol di Plaza Tol MEX Putrajaya tersebut tanpa membayarnya. Kelihatan Honda City tersebut terpaksa mengundurkan keretanya lalu ‘tersangkut’ di laluan tol tersebut.
Setelah berjaya ‘kantoi’ kan pemandu Honda City tersebut, perakam dashcam tersebut terus berlalu meninggalkan kawasan tol dengan gelak tawa sinis kepuasan! Perkongsian video tersebut telah mendapat ratusan komen dari orang ramai yang turut sama berasa puas hati melihat gelagat Honda City yang terkantoi itu.




Anda boleh dengar dengan jelas ‘gelak sinis penuh kepuasan’ lelaki ini selepas berjaya mengajar pemandu Honda City yang cuba mengelak dari membayar tol melalui dua video yang kami kongsikan di atas.
Kami berharap orang ramai boleh mengambil iktibar dari kejadian ini dan semoga menjadi pengguna jalan raya yang amanah dan bertanggungjawab. Pastikan anda berduit untuk membayar tol sebelum anda menggunakan jalan raya.
Anda mahukan dashcam yang terbaik untuk kereta anda? Dapatkan Dual Vision 70mai A800S 4K Dashcam hari ini!
Sumber: Facebook/YDLAA
