Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Bayar hutang judi: Bekas pengurus syarikat ditangkap cuba rompak kedai emas


BANGkOK – Seorang bekas timbalan pengurus sebuah syarikat pengangkutan swasta diberkas selepas merompak sebuah kedai emas dan mengaku dia melakukan kesalahan itu demi membayar hutang judi dalam talian.

Bangkok Post melaporkan polis Thong Lor telah menahan lelaki berusia 44 tahun yang dikenali sebagai Methee di persimpangan Kluai Nam Thai.

Dia disyaki merompak rantai seberat 15.2 gram (g) yang bernilai 32,200 baht (RM4,209) di sebuah gedung sebaneka di Rama IV Road.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semasa kejadian, suspek dikatakan berpura-pura menjadi pelanggan sebelum merampas rantai ketika kakitangan sedang sibuk memilih barang kemas yang lain.

Pihak berkuasa berjaya mengesan suspek melalui rakaman kamera CCTV dan berjaya menangkap suspek pada Sabtu. Semasa ditangkap dia masih memakai baju sama semasa melakukan rompakan tersebut.

Polis berkata, Methee mengaku melakukan jenayah itu dan menjelaskan bahawa dia ketagih berjudi dalam talian sehingga menyebabkan kerana tidak dapat membayar hutangnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia mengaku telah merancang jenayah itu selama dua hari sebelum melakukannya pada hari kejadian. – Agensi


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications