Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bayaran dikurangkan punca penghantar makanan berang


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

IPOH – Kerajaan digesa campur tangan menyelesaikan kemelut yang dihadapi penghantar makanan selepas syarikat penghantaran makanan didakwa menindas golongan berkenaan dari segi pengurangan pendapatan.

Salah seorang penghantar makanan, yang hanya ingin dikenali sebagai Zack berkata, mereka semua sudah tidak mampu bertahan dengan penindasan yang dilakukan terhadap mereka.

Menurut beliau, penghantar makanan sudah cukup tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi rakyat dan kemudian ditambah pula dengan pengurangan pendapatan yang dihadapi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seperti yang sedia maklum kita buat ‘blackout’ ini adalah kerana ketidakpuasan hati kami penghantar makanan terhadap syarikat-syarikat penghantar makanan terutamanya mengurangkan bayaran penghantaran yang kami lakukan.

“Bila kami hantar satu pesanan makanan dalam jarak dekat, kami menerima bayaran RM4 tetapi bila kami dapat pesanan berganda atau tiga kali sehala, bayaran yang kami terima adalah antara RM6 hingga RM8, jadi mana baki duit jika kami hantar 3 lokasi sepatutnya RM12.

“Kemana larinya wang kami, siapa yang ambil, siapa yang makan duit itu kerana itu hak kami duit kami dan bukan hak syarikat, itu sebab kami marah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zack turut memaklumkan sebelum ini sekitar tahun 2020 beliau mampu memperoleh pendapatan RM130 hingga RM150 sehari bagi tempoh menghantar makanan bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Ruang udara berhampiran Taiwan terus dihujani dengan peluru berpandu dari China ketika negara itu meningkatkan latihan ketenteraan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ANGGOTA kumpulan Aespa mendedahkan mereka tidak pernah menahan lapar dan berdiet untuk kekal cantik. Ditemu bual dalam sebuah...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Selepas cemerlang sepanjang aksi pramusim, Arsenal akhirnya terpaksa berdepan situasi sukar apabila bakal kehilangan beberapa tonggak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA SELANGOR – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori bermuatan kelapa di Kilometer 44...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications