Hi, what are you looking for?

Sukan

Bayern tidak sabar hadapi Man. City


MUNICH – Pengarah Sukan Ba­yern Munich, Hasan Salihamidzic sudah tidak sabar untuk bertemu Manchester City yang di­anggap sebagai pasukan terkuat di Liga Juara-Juara musim ini.

Salihamidzic merasakan City mempunyai kekuatan lebih ‘dahsyat’ berbanding juara bertahan, Real Madrid selepas kedua-dua pasukan diundi bertemu di pentas suku akhir bulan depan.

Ia berdasarkan kejayaan The Citizens membelasah satu lagi wakil Jerman, RB Leipzig 7-0 pada timbal balik pusingan 16 terbaik yang menyaksikan Erling Haaland meledak lima gol dalam perlawanan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya amat menggemari cabaran seperti ini. Malah, para pemain juga begitu fokus dan bersedia untuk berhadapan pa­sukan yang saya rasakan terkuat di Eropah ketika ini.

“City menang selesa menentang Leipzig. Jadi, kami meng­anggap ini sebagai satu lagi perlawanan akhir selepas PSG (Paris Saint-Germain) sebelum ini,” katanya.

Bayern mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan PSG 3-0 secara agregat di pusingan 16 terbaik, manakala City pula merekodkan kejayaan agregat 8-0 ke atas Leipzig.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn merasakan pasukannya berpe­luang cerah untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketujuh jika berjaya melepasi cabaran City.

“City adalah pasukan yang sangat hebat, tetapi jangan lupa kami adalah Bayern Munich. Jika anda mahukan gelaran juara, anda perlu kalahkan pasukan seperti City,” jelasnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications