Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Bayi Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta


bayi rentung kebakaran kereta

Bayi Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta

Seorang bayi ditemukan rentung akibat terperangkap dalam kereta selepas kenderaan jenis Honda Jazz terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Gua Musang – Kuala Krai di Kelantan pada pagi ini.

Pegawai Operasi PBK II Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan Mohd Fadzil Musa berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.04 pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, bayi tersebut dilaporkan rentung akibat kebakaran kereta yang berlaku di hadapan bangunan BSN Kuala Krai itu.

“Terdapat tiga orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa yang melecur seluruh tubuh, seorang perempuan mengalami cedera ringan dan seorang lagi mangsa adalah bayi lelaki.

“Bagaimanapun, bayi tersebut dijumpai rentung di dalam kereta itu akibat terperangkap,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mayat bayi itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia/Facebook

The post Bayi Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja, penyanyi Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan mendadak. Ujar Wany...

Hiburan

3s FILEM arahan dan lakonan penghibur berbakat besar,  Bradley Cooper berjudul Maestro mula diluncurkan sekitar hujung 2023, namun impaknya masih berbahang sehingga kini, tambahan...

Advertisement