Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

BCL enggan hamil lagi kerana faktor usia


SELEBRITI terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari tidak mempunyai perancangan ntuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Tiko Aryawardhana selepas berkahwin buat kali kedua pada 2 Disember tahun lalu.

Ujar Bunga atau mesra disapa BCL itu, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk hamil lagi memandangkan usianya kini sudah pun mencecah 41 tahun dan merasa tidak sesuai untuk menimang cahaya mata.

“Saya sudah tua dan rasanya tidak mahu anak lagi. Usia saya pun sudah mencecah 41 tahun. Wanita yang berusia 35 hingga 40 tahun memang terdedah dengan risiko (bahaya) jika hamil,” ujarnya dalam satu temu bual bersama media tempatan.

Kata penyanyi dan juga pelakon itu lagi, selepas kematian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, sekitar empat tahun lalu, dia pernah terfikir untuk terus hidup tanpa kehadiran suami kerana berasakan tiada lelaki yang boleh memahami dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, takdir berkata lain apabila kehadiran Tiko, 44, telah membuka hatinya untuk kembali menerima kehadiran seorang lelaki sebagai teman hidup.

Saya dan juga Ashraf sangat serasi. Jadi saya pernah terfikir untuk meneruskan hidup tanpa seorang suami. Selama lapan bulan, saya menangis setiap hari selepas kehilangannya.

“Kemudian saya cuba untuk menjalani kehidupan baharu sehinggalah dipertemukan dengan Tiko. Walaupun ada perbezaannya kerana Tiko bukanlah Ashraf,” kata Bunga.

Terdahulu, pelantun Cinta Sejati itu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti asal Malaysia, Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

Sejak tahun lalu, tular khabar angin mengatakan BCL bakal mengakhiri zaman jandanya selepas seorang kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani mendedahkan tentang perkara tersebut.

Gosip percintaan BCL dan Tiko tercetus selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun kelahirannya ke-40 pada Mac 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan itu bernikah dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah resort mewah di Bali dan hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja pada 2 Disember 2023.

Tiko yang juga merupakan seorang duda kepada tiga orang cahaya mata perempuan bercerai dengan bekas isteri pada 2021. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement