Hi, what are you looking for?

Sukan

Beban Messi makin ringan – Scaloni


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

DOHA – Pengendali Argentina, Lionel Scaloni menganggap kualiti yang ada pada Lautaro Martinez bakal meringankan beban Lionel Messi untuk memacu pasukan raih kejayaan pada Piala Dunia kali ini.

Skuad La Albiceleste akan membuka tirai saingan kali ini menentang wakil Asia, Arab Saudi di Stadium Lusail dan tumpuan pastinya lebih terarah kepada Messi yang menjadi penampilan terakhirnya di kejohanan ini.

Argentina juga sedang berada pada momentum terbaik selepas menjuarai Copa America tahun lalu dan Scaloni percaya Martinez akan memainkan peranan besar kepada pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Agak mengerikan apabila ada yang mengatakan kami tidak boleh memenangi pertandingan ini. Tetapi, kejayaan di Copa America jelas menafikan segala andaian ini.

“Ia akan mengurangkan beban Leo dan orang ramai mula yakin dengan pasukan ini. Detik perubahan mula ditanam lebih awal sejak kami tewas kepada Brazil di Copa America pada dua tahun sebelum itu (2019),” katanya.

Martinez melakukan debut bersama Argentina pada 2018 dan kini mengumpul 40 kaps dan menghasilkan 21 gol sekaligus menyakinkan lagi Scaloni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia adalah pemain asas dan individu berharga bagi kami. Dia sudah menghadirkan impak de­ngan menyumbangkan jaringan dan semangat buat pasukan.

“Apabila dia hadir ke dalam pasukan, kami tahu dia yang akan menggalas tugas pe­nyerang. Dia sudah bermain dengan cukup baik di Inter Milan, jadi dengan pengetahuan dan keinginannya akan menjadi perkara asas terpenting buat kami,” katanya.
– AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Rampas Cintaku menjadi judul tempatan teratas yang sanggup dibayar oleh penonton di Malaysia, menjadikannya sebagai drama Melayu paling...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Para penyong Selangor diingatkan agar tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan ketika...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airs (SIA) menuju ke Singapura dari Lapangan Terbang Heathrow London dilencongkan ke Frankfurt, Jerman selepas...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Pelumba Belanda, Max Verstappen kini menduduki tangga teratas senarai pendapatan tertinggi berdasarkan statistik Forbes sejurus pemandu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications