Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bekas ADUN Sanglang cedera dipukul lelaki mental di masjid


KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi, Pusat Bandar Kangar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Datuk Md. Zain Hamzah, 86, mengalami kecederaan selepas dipukul lelaki terbabit di dalam kawasan masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pada mulanya, mangsa yang juga pesara kerajaan itu berada di dalam kenderaan untuk mendengar tazkirah sehingga jam 5.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setelah selesai, mangsa sedang menuju ke arah hadapan masjid untuk mengisi duit dalam tabung anak yatim tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek dalam keadaan mengamuk kemudiannya menyerang serta memukul mangsa menyebabkan warga emas itu terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian sebelah kanan kepala.

Md. Zain pernah menjadi ADUN Sanglang selama dua penggal sejak 1978 hingga 1986 di bawah tiket UMNO-Barisan Nasional

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Yusharifuddin, mangsa kemudiannya meminta bantuan kepada pengawal keselamatan masjid untuk menghubungi pihak kecemasan dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah bagi mendapatkan rawatan.

“Polis kemudiannya bertindak menahan seorang lelaki berusia 65 tahun yang ditahan di masjid berkenaan dan motif serangan sedang disiasat. Suspek juga dipercayai mengalami masalah mental,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan manusia. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications