Hi, what are you looking for?

Sukan

Bekas kapten Harimau Malaya sertai latihan pertama bersama Sabah FC


BEKAS Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar sudah memulakan latihan bersama majikan baharunya, Sabah FC semalam.

Selain Baddrol kelihatan juga bekas pertahanan kental KDA FC, Mohd Rizal Ghazali yang turut memperkuatkan Sang Badak di bawah bimbingan bekas Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee.

Kehadiran Sabah FC dalam saingan Liga Malaysia 2022 kali ini dilihat berbeza dan dinamik dari segi semua bahagian apabila beberapa nama berjaya dipancing untuk memperkuatkan pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara nama yang menyertai pasukan kelompok lapan terbaik Piala Malaysia 2021 ini adalah beberapa tonggak utama Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, Dominic Tan dan pemain berpengalaman Mohd Amri Yahya yang kekal khidmatnya bersama pasukan serta tonggak pertahanan Park Tae Su dari Korea Selatan akan bersama pasukan itu untuk musim keempat.

Selain itu beberapa muka baharu ialah Mohd Afiq Yunus @ Apeng dan Dirga Surdi, kedua-duanya bakat tempatan berasal dari Labuan dan Sabah.

Sebagai rekod, Sabah menduduki tangga kesembilan Liga Super musim ini sebelum menamatkan saingan Piala Malaysia di peringkat suku akhir selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Melaka United.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications