Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Bekas pengurus kewangan didakwa gubah wang haram RM28juta


SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus kewangan syarikat peralatan muzik didakwa di dua mahkamah berasingan di sini atas pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM28juta antara tahun 2018 dan 2020.

Tertuduh, Foo Yong Xian,35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas 22 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir dan Hakim Norazlin Othman.

Yong Xian yang masih bujang didakwa 10 pertuduhan menerima dan melupuskan berjumlah RM9.6juta di hadapan Muhamad Anas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam prosiding di hadapan Norazalin, lelaki itu yang kini tidak bekerja juga turut didakwa 12 lagi pertuduhan pindah dan melupuskan wang berjumlah RM18.4juta.

Kesemua perbuatan terhadap wang hasil daripada aktiviti haram itu dilakukan menerusi cek dan pemindahan atas talian akaun milik syarikat peralatan muzik tersebut ke dalam akaun miliknya dan beberapa akaun syarikat lain.

Bagi semua pertuduhan itu, kesalahan dilakukan di dua buah cawangan bank di Bangsar dan Bandar Puteri Puchong antara Febuari 2018 hingga Disember 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, dia didakwa mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulfadli Mohd. Nawawi manakala tertuduh diwakili Peguam Tuw Min Ric.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan RM154,000 bersama dua penjamin dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Sebutan semula kes yang dibenarkan dipindahkan untuk dibicara hadapan Norazlin nanti itu ditetapkan pada 22 Mac depan. – KOSMO!ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement