Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Belgium akui masih lagi gembira


AL RAYYAN – Ketua Jurulatih Belgium, Roberto Martinez meng­akui tetap gembira dengan persembahan pasukannya itu biarpun sekadar meraih kemenangan 1-0 menewaskan Kanada pada aksi Kumpulan G awal pagi semalam.

Sekali pun menerima kritikan hebat kerana ia dianggap persembahan terburuk Belgium sejak beliau membimbing pasukan itu kira-kira enam tahun lalu, Martinez percaya bahawa kemenangan adalah lebih pen­ting berbanding gaya permainan menarik.

“Kalau ada yang menganggap ia adalah persembahan teknikal yang teruk, ya saya mengakui, tetapi ia bukanlah aksi paling buruk kerana kami memenangi perlawanan di Piala Dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami perlu melihat dari pelbagai sudut dan saya gembira kami mampu bertahan dengan baik. Kami juga berjaya menyempurnakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol berkenaan.

“Rasa hormat dan penghargaan perlu diberikan kepada Kanada. Kami tidak melakukan­nya dengan baik, sebaliknya mereka telah memberikan persembahan luar biasa, namun kami masih layak untuk menang,” kata Martinez.

Sementara itu, pemain tengah, Kevin De Bruyne juga mendedahkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan aksi yang diberikan, namun anugerah pemain terbaik perlawanan menjadi pengubat kepada kekecewaan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak fikir saya telah bermain dengan baik, saya tidak tahu mengapa mereka memberikan trofi ini kepada saya, mungkin kerana nama saya.

“Kami bermula dengan agak buruk, kami tidak berjaya mengekang momentum Kanada. Kami tidak membina permainan dengan baik sehingga memberikan banyak ruang untuk mereka bergerak,” jelasnya.

Belgium meraih gol tunggal perlawanan menerusi Michy Batshuayi yang meledak gol pada penghujung babak pertama selain penjaga gol, Thibaut Courtois turut muncul wira menyelamatkan sepakan penalti Alphonso Davies. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement