Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Beli Kereta Hanya Untuk Gerak Dari Poin A Ke B, Boleh Pakai Lagi Ke Mindset Macam Ni?


Selalu sangat kita dengar, kalau nak beli kereta, sebenarnya tak perlu pun beli yang mahal-mahal sebab fungsinya masih tetap sama iaitu untuk bergerak menuju ke destinasi yang diingini.

Boleh ke macam tu? Macam mana pula dengan imej dan persepsi orang lain? Adakah kita hidup dalam dunia yang ideal dan sempurna tanpa perlu ambil kisah pun mengenai tanggapan orang lain?

Membincangkan tentang hal ini, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli telah membuat hantaran menarik berikut di Facebooknya bagi mengajak orang ramai untuk sama-sama berfikir sejenak hakikat yang perlu kita terima dalam mengharungi realiti kehidupan sebenar pada hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Beli Kereta

Aku ada baca post yang mengatakan kita memang tak perlu beli kereta mahal-mahal. Logiknya, kereta adalah medium untuk point A ke point B. Simple. Itu yang kalau baca tips beli kereta tu, gaji kau besar pun dia kata lebih baik beli Axia. 2 biji laki bini haha. Gaji 20k sebulan, beli Axia 2 biji. Wow haha.

Pada aku beli kereta dengan mindset point A ke point B ni, terlalu idealistik dan terlalu simplistik. Baik kau cakap kita hari-hari makan roti saja, yang penting kenyang. Kan? Nampak tak kena kat situ.

Ada orang beli kereta selesa, laju pasal bila sampai dekat tempat kerja, dia kena kerja keras. Bukan duduk saja. Ada orang kerja 1km dari rumah so Axia make sense. Tapi kalau dah kerja satu hari kena pergi 4-5 tempat dan puluh kilometer jalan satu hari, kenalah beli kereta yang lebih selesa. Betul tak?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada satu lagi mitos yang kita biasa dengar. Kerja mantap tapi kereta biasa saja. Contohnya bisnesman berjaya tapi bawa MyVi. Fuhh. Memang didendang. On this, aku 50-50.

Kenapa? Orang judge apa kita pakai. Walaupun kita cakap ‘eh mana boleh judge book by its cover?’. Tapi kita tengok orang pun kita judge apa. Pernah aku berbual dengan bisnesman muda dari aku berkenaan pakaian dan kereta. Quite extensive discussion.

Dia perasan setiap kali dia tukar kereta yang lebih mahal, job yang dia lock adalah lebih besar. Waktu pakai Viva manjang kena reject proposal. Begitu juga pakaian. Bukan dia suka nak pakai mahal-mahal. Tapi dia kata pakailah sesuatu yang tunjuk kita serius nak lock that job, smart dan kena dengan situasi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

So adakah klien dia semua judgy? Yes. Tapi kita pun begitu. Its a sad truth but its true. Maybe 2/10 tak judgy tapi lagi 8/10 yang judgmental itu prospek klien juga. So matematiknya, kita nak hilang prospek ka pasal kita tak nak tukar imej kita? Tu hangpa jawablah sendiri.

Kawan aku pernah nak lock job, susah sangat, klien kerek. Next time jumpa, dia flash kunci kereta baru orang tu tone down sikit and finally lock the job. Messed up kan? Tapi itulah realiti.

Pada aku, benda ni kena deal elok-elok. You know yourself better. There is no right or wrong on this thing. We all have to make a living. Target market dah lain, jadi strategi kena tukar. Its just business for some people. Nothing more.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pokok pangkalnya, masing-masing ada pendirian, ada cara, ada identiti. Dunia kita bukan dunia ideal sangat. Its just the way it is. Pandai-pandailah.

Jangan tak boleh bayar bulan sudah. Kalau boleh, why not?

*mode ready kena tembak haha

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Sanggup Habiskan Gaji Nak Bayar Kereta, Generasi Muda Dinasihatkan Agar Ubah Sikap

Sumber: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sentiasa teng perkongsian tentang umrah.” Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Malang terus menimpa skuad terjun negara apabila Nur Dhabitah Sabri terus kempunan untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris...

Advertisement