Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Bella Astillah tepis dakwaan suka cipta kontroversi


PETALING JAYA – Pelakon Bella Astillah menegaskan dia bukanlah seorang individu yang ‘gila’ perhatian sehingga sanggup mencipta kontroversi sendiri seperti yang didakwa ramai sebelum ini.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, adakalanya cerita sensasi yang muncul dalam media sosial adalah di luar kawalannya dan tidak sesekali terlintas untuk sengaja mencari perhatian ramai.

“Sama juga azam seperti orang lain, saya juga mahu kurang jadi bahan sensasi untuk tahun ini.

“Ramai cakap saya sukakan kontroversi, sedangkan tidak! Sumpah demi Tuhan, saya tidak sukakan perkara itu. Kadang-kadang semua itu diluar jangkaan,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bella yang juga penyanyi memberitahu, dia sedar tentang dakwaan segelintir netizen di luar sana bahawa dia suka mereka-reka cerita untuk menjadi bahan cerita sensasi media.

“Ada yang cakap saya tak habis-habis beri kenyataan (pada media). Saya faham adakalanya orang ambil (kenyataan) daripada artikel lama atau komen netizen.

“Saya faham kerja rakan media tetapi itu yang saya nak orang faham. Bahkan orang sangka saya sentiasa hubungi dan mencari (wartawan) atau muat naik status. Tidak pernah terlintas.

“Mungkin ada netizen yang kurang selesa dengan perkara itu, jadi azam saya untuk tahun ini supaya tiada kontroversi yang teruk,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan lain, dia turut bersyukur suami tercinta iaitu penyanyi dan aktor, Aliff Aziz semakin menunjukkan perubahan positif sebagai suami dan bapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang ini iaitu tahun 2024 memang saya dapat rasakan situasi yang sangat berbeza seperti berpeluang menghabiskan masa dengan anak-anak.

“Aliff juga menunjukkan banyak perubahan yang sangat besar dalam rumah tangga, jadi suami yang baik, Alhamdulillah,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama Bella dan Aliff sering menjadi sebutan ramai apabila kerap dikaitkan dengan isu rumah tangga.

Tahun lalu, rumah tangga mereka sekali lagi diuji apabila dikatakan diganggu pihak ketika iaitu seorang aktres popular tanah air. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement