Hi, what are you looking for?

bella ciao yuna orkestra filharmonik

TV

‘Bella Ciao’ Versi Yuna & Orkestra Filharmonik Sempena Money Heist Musim Ke-5


Bagi peminat siri popular Netflix, Money Heist atau turut dikenali sebagai La Casa de Papel pasti tidak sabar dengan kedatangan episod baru bagi musim yang ke-5 bermula 3 September ini.

Musim ke-5 juga dikatakan adalah musim terakhir bagi siri tersebut dan pastinya menjadi tumpuan ramai terutamanya pada peminat setia siri yang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Poster Siri Netflix Money Heist Musim Ke-5

Apa yang menariknya, penyanyi popular Malaysia yang kini sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna turut meraikan musim akhir Money Heist dengan menampilkan persembahan istimewa lagu Bella Ciao yang cukup sinonim dengan siri tersebut.

Bella Ciao yang bermaksud ‘Selamat Tinggal Yang Indah’ itu tampil cukup berbeza dalam versi Yuna. Ia bukan persembahan biasa-biasa, sebaliknya memukau dengan aura tersendiri diberikan penyanyi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih hebat, persembahan tersebut turut diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia yang tentunya memberikan sentuhan berbeza buat lagu ikonik rakyat Itali itu. Ternyata ia menjadi satu kolaboratif yang sangat epik.

BACA: Lagi Lagi Senario & Senario XX Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 14 September!

Video penuh Bella Ciao versi Yuna itu boleh ditonton di saluran YouTube dan semua platform media sosial Netflix termasuk Facebook, Instagram dan Twitter.

Rata-rata peminat memberikan respon positif terhadap persembahan versi Yuna itu dan mengakui tidak sabar menonton musim terakhir siri tersebut yang akan disiarkan beberapa hari lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Jangan lupa, malam ini Money Heist Part 5, hanya di Netflix. https://www.netflix.com/title/80192098

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications