Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Belum sempat lamar, kami sibuk – Aedy Ashraf


PETALING JAYA – “Bukan kerana cantik semata-mata, saya jatuh cinta dengan Amelia kerana dia bijak dan sentiasa bersikap positif.

Itu pengakuan pelakon Aedy Asharaf mengenai belahan jiwanya yang juga aktres, Amelia Henderson.

Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, ketika ditemui Kosmo! Online berkata, apa yang lebih membuatkan dia terpikat dengan Amelia adalah kerana sikap wanita itu yang sangat komited.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tertarik dengan Amelia kerana dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak, komited dengan kerja dan pandai menguruskan hidupnya.

“Sebenarnya kami sangat rapat dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Bahkan dia juga penyokong terbesar saya. Perkara ini yang menjadikan saya lebih menghargainya,” Kata Aedy.

Ditanya mengenai hasrat membawa hubungan ke fasa lebih serius, Aedy berkata belum ada perancang melamar kekasihnya dalam masa terdekat memandangkan jadual kerja mereka sangat padat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Aedy sewaktu ditemui di majlis tayangan filem War On Terror: KL Anarki semalam memaklumkan sudah pun berjumpa dengan keluarga Amelia untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Tentang perancangan untuk berkahwin, kami tidak meletakkan sebarang tarikh atau sasaran sebab masing-masing sedang sibuk.

“Dia pula begitu komited dengan kerja sehingga saya sendiri terinspirasi dengannya. Kami berdua mempunyai fikiran yang sama.

“Saya pun sudah berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan dengan lebih dekat. Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, hubungan cinta antara dua selebriti popular itu bukan lagi rahsia selepas Aedy melamar Amelia secara terbuka untuk menjadi kekasihnya di sebuah festival makanan pada Mac 2022.

Bagaimanapun, pada penghujung Julai 2022, Amelia dan Aedy memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah berakhir apabila masing-masing memuat naik status seakan sedang bersedih dan kecewa.

Namun, hubungan pasangan itu kembali bertaut apabila sekitar April tahun ini. Bahkan menerusi satu kenyataan kepada HibGlam, Aedy mengakui Amelia sangat istimewa dalam hidupnya.  – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications