Hi, what are you looking for?

Hiburan

Ben Amir cari ‘TPM’, jenis ke gimnasium, pandai masak


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Menjelang pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang masih menjadi tanda tanya, pelakon Ben Amir mencuri perhatian netizen apabila  mengumumkan ‘pembentukan kerajaan’ dengan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) sendiri dalam hidupnya.

Sama ada berseloroh atau dalam nada sinikal, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, berseloroh namun dirinya sedang mencari teman yang berpotensi dijadikan isteri.

“Saya nak bina kerajaan sendiri. Looking for TPM (sedang cari Timbalan Perdana Menteri – calon isteri).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau boleh seorang wanita yang selalu ke gimnasium, pandai masak dan boleh ketawakan lawak-lawak lame (membosankan) saya,” ciapnya menerusi Twitter.

Pada ciapan sama, hero drama rantaian, Sweet Dreams itu turut mengharapkan bakal isterinya memilikin naluri keibuan yang sangat kuat.

“Punya naluri keibuan, jadikan saya seorang manusia yang lebih baik dan juga seorang wanita ‘baddie’ (nakal),” coretnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ciapan Ben rata-ratanya mendapat respons nakal daripada peminat wanita yang rata-rata mahu dipilih sebagai calon ‘TPM’ di hati Ben.

Hari ini, satu Malaysia masih menantikan pengumuman siapa bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekali gus membentuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada penggal Parlimen Ke-15. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meneruskan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Hasrat pemain skuasy perseorangan wanita, Aifa Azman untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam dalam sebuah ceramah pada 4...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Amelia Henderson melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang menceritakan segalanya di mahkamah. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications