Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Benarkah Jinping, Biden mahu pulihkan hubungan?


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping bersetuju menyambung semula komunikasi tentera dan kerjasama dalam dasar antidadah, dua hasil utama daripada perbincangan bersemuka pertama mereka tahun ini.

Biden dan Jinping bertemu selama kira-kira empat jam di pinggir San Francisco dan menutup tekanan yang menyumbang kepada ketegangan hubungan AS-China.

Mereka merancang untuk menyambung semula hubungan ketenteraan yang diputuskan China selepas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat ketika itu, Nancy Pelosi melawat Taiwan pada Ogos 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami kembali kepada komunikasi yang jelas dan terbuka secara langsung,” kata Biden.

Biden meminta kedua-dua negara menginstitusikan dialog ketenteraan, dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dilaporkan akan bertemu rakan sejawatannya dari China.

Biden dan Jinping turut bersetuju untuk China menyekat eksport barangan yang berkaitan dengan pengeluaran opioid fentanyl, punca utama penyalahgunaan dadah di AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia akan menyelamatkan nyawa,” kata Biden yang mengakui menghargai komitmen Jinping dalam isu itu.

Di bawah perjanjian itu, China akan terus mengejar syarikat kimia tertentu yang menghasilkan komponen fentanyl dan kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mendapatkan pakar bersama bagi membincangkan risiko kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, Biden berkata, AS dan China perlu memastikan persaingan di antara mereka tidak menghala ke arah konflik dan akan menguruskan hubungan baik itu secara bertanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jinping turut menggelar hubungan AS-China sebagai ‘hubungan dua hala paling penting di dunia’ dan menegaskan, beliau dan Biden sedang memikul tanggungjawab berat bukan sahaja untuk kedua-dua negara, tetapi juga kepada dunia dan sejarahnya.

“Bagi dua negara besar seperti China dan AS, membelakangkan satu sama lain bukanlah satu pilihan.

“Adalah tidak realistik untuk satu pihak merombak yang lain, dan konflik serta konfrontasi mempunyai akibat yang tidak dapat ditanggung untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biden berkata, beliau turut membangkitkan isu yang menjadi kebimbangan Washington termasuk warga AS yang ditahan, hak asasi manusia, aktiviti agresif Beijing di Laut China Selatan dan kestabilan di Selat Taiwan.

Selain itu, Biden turut menggesa Jinping menggunakan pengaruhnya dengan Iran untuk menggesa Tehran supaya tidak melancarkan serangan proksi ke atas sasaran AS di Timur Tengah ketika konflik Israel-Hamas berterusan di Gaza.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications