Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Berang Gaji Tidak Dibayar, Tukang Masak Lepaskan 20 Ekor Lipas Di Dapur


Seorang tukang masak naik berang ekoran gaji tidak dibayar sebelum bertindak melepaskan 20 ekor lipas dari balang ke kawasan dapur dalam kejadian yang berlaku di Lincoln, lapor Daily Mail.

Imbas kembali, lelaki berkenaan yang berusia 25 tahun telah melepaskan ‘bom’ lipas selepas bertengkar dengan majikannya mengenai gaji dalam satu kejadian pertengkaran pada 11 Oktober lalu.

Justeru dalam perbicaraan di Mahkamah Lincoln Crown, majikan tersebut berkata suspek telah melaksanakan ugutannya selepas dua hari insiden pertengkaran berkenaan di antara mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia memasuki premis itu dan melepaskan beberapa ekor lipas. Ia adalah spesies lipas asli yang digunakan untuk makanan ular atau tarantula,” katanya, memetik Daily Mail.

Disebabkan kejadian itu, kakitangan lain di premis tersebut segera menghubungi Unit Kesihatan Persekitaran dan Kawalan Perosak di sana untuk tindakan penutupan premis berkenaan dalam kadar segera.

Malah, premis tersebut dikatakan terpaksa membayar sebanyak RM116,000 (£22,000) kepada pihak insurans untuk menampung kerosakan yang berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Berang Gaji Tidak DibayarGambar Hiasan | Kredit: Jyh Ming Sdn Bhd

Pemilik premis tersebut juga berkata, “Kesannya terhadap kakitangan dan keluarga adalah besar. Ia bukan hanya kewangan syarikat tetapi juga bagaimana seluruh kakitangan terutamanya pada bahagian dapur kecewa dengan apa yang berlaku,”

Disebabkan kejadian itu juga, kakitangan lain yang mempunyai anak kecil terpaksa bermalam di tempat kerja mereka semata-mata untuk membersihkan dapur – yang sudah dicemari lipas.

“Mereka terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang (suspek) yang telah bekerja bersama mereka. Mereka tidak boleh lagi menidurkan anak-anak mereka pada waktu malam (disebabkan terpaksa mengemas dapur tercemar),” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Daily Mail, kes tersebut sepatutnya dibicarakan di mahkamah pada 21 November lalu, namun suspek didapati tidak menghadirkan diri.

Justeru, pada 28 November, suspek membuat pengakuan bersalah terhadap kesalahan pecah masuk dengan niat untuk menyebabkan kerosakan jenayah di premis serta tidak menyerah diri.

“Ini adalah kes yang dipenuhi dengan pilihan yang tidak baik untuk defenden. Terdapat pertikaian yang sah. Dia membuat keputusan yang tidak baik utnuk mendapatkan perdamaian,” memetik kenyataan mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil perbicaraan mendapati suspek didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 17 bulan, selain digantung kerja dua tahun atas empat kesalahan lampau termasuk memiliki senjata tajam, bateri, actual bodily harm (ABH) serta pernah mabuk dan berkelakuan tidak senonoh.

Disebabkan itu, suspek dipenjarakan 17 bulan yang digantung selama dua tahun atas empat kesalahan lampau termasuk memilik senjata berbilah, bateri, Actual bodily harm (ABH) dan mabuk serta berkelakukan tidak senonoh.

Kredit: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas mengunci mulut berhubung kisah pernikahan senyap-senyap anaknya, Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand, pelakon Abby Abadi tampil menafikan kenyataan...

Sukan

3s PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak bimbang dengan prestasi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang biarpun keadaan kesihatan bekas...

Sukan

3s JURULATIH yang berada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kadar skim gaji dan imbuhan baharu selepas...

Hiburan

3s SHAH ALAM – Selepas berpisah dengan anak angkatnya lebih tiga minggu, aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa kanak-kanak lelaki itu mengalami trauma. Kata Nina,...

Advertisement