Hi, what are you looking for?

Hiburan

Berbaloi gali kubur, video Satu Malam Di Temasek raih anugerah


PETALING JAYA – Video muzik Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow mencatat sejarah tersendiri apabila meraih pengiktirafan di Anugerah Muzik Video Antarabangsa (IMVA) yang berlangsung di Budapest, Hungary pada 4 Ogos lalu.

Karya ciptaan penyanyi itu bersama rakan seperjuangannya, SonaOne, menerima penghargaan dalam bentuk Anugerah Kehormat atau ‘Honorable Mention’ bagi Video Muzik Hip Hop Terbaik.

Penerbit Eksekutif video muzik berkenaan, Edwin Raj berkata, pengiktirafan diterima sangat bermakna bagi seluruh produksi yang membuktikannya setaraf produk antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami sangat gembira dengan anugerah khas ini yang memberi penghormatan terhadap idea kreatif serta hasil kerja Diffan Sina Norman selaku pengarah bersama kru berdedikasi.

“Setiap butiran yang diserlahkan dalam video berkenaan hakikatnya diberikan perincian teliti supaya penceritaan di sebalik lagu dapat meresap di dalam jiwa khalayak,” katanya.

Pada masa sama, Edwin mengakui mereka turut berdepan cabaran besar dalam merealisasikan buah tangan yang serba unik dan segar itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Segala yang ditonjolkan sememangnya segar dan berbeza kerana ia lumrah. Menerbitkan sesuatu yang belum pernah dibuat orang pasti ada cabaran.

“Paling penting bagaimana kita mengatasinya dan nasib kami nyata baik apabila mampu menempuh dugaan sepanjang menyiapkan kerja rakaman.

“Begitu juga dengan penyertaan anugerah ini, kami menghantar video berkenaan bersama keyakinan dalam pemikiran iaitu belum cuba, belum tahu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nyata kerja keras ini berbaloi walaupun awalnya kami hanya mahu berserah saja kepada keputusan juri. Rezeki akhirnya berpihak kepada kami,” kongsinya.

Edwin juga percaya punca kemenangan video tersebut adalah perbezaan yang ditampilkan serta keberanian melakukan sesuatu di luar ruang selesa mereka.

“Kami menggali sebuah kubur dan Joe menyanyi di dalam kubur itu untuk video ini, ia memang kerja gila!

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Elemen sebegini lebih artistik, manakala pesanannya juga sangat subjektif. Kami terima banyak komen penonton dengan interpretasi masing-masing, dan ini yang membuat ia menarik.

“Anugerah ini juga sebagai peringatan mengapa kami lakukan kerja kami iaitu demi mencipta dan membuat benda yang berbeza daripada kebanyakan orang.

“Di pihak penerbitan, saya harap mereka bangga dengan anugerah ini dan akan terus membuat karya hebat. Saya yakin ebih banyak karya berkualiti dari Malaysia bakal mencuri perhatian di masa hadapan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, misi Anugerah Muzik Video Antarabangsa (IMVA) adalah untuk memperluaskan sempadan pembikinan filem tradisional dengan mencipta “simfoni visual” di mana muzik menjadi peranan utama.

“Demonstrasi muzik video antarabangsa adalah untuk memperluaskan dan meraikan mereka yang menggabungkan dua platform yang hebat iaitu muzik dan filem. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement