Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bergambar berlainan jantina tidak dibenarkan, jika tiada keperluan


PETALING JAYA – Mengambil gambar secara berdua-duaan terutama berlainan jantina yang boleh menimbulkan fitnah adalah tidak dibenarkan oleh syarak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, percampuran berlainan jantina tidak dibenarkan melainkan keperluan urusan muamalat sesama manusia selagi tidak menimbulkan fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syariat.

“Asasnya, perbuatan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah dilarang melainkan ditemani mahramnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini berdasarkan riwayat Saidina Abdullah bin Abbas RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan perempuan itu ditemani oleh mahramnya. (Riwayat Muslim (1341)),” katanya menerusi portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada keadaan -keadaan tertentu seperti urusan darurat, keperluan, maslahat dalam menjalankan urusan dan kebiasaan harian.

Menjelaskan mengenai urusan darurat dan keperluan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, bagi urusan darurat Imam al-Nawawi menyatakan pengharaman khalwat lelaki dan wanita termasuk juga dalam bab berdua-dua menunaikan solat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun pengecualian bagi kes-kes dalam keadaan darurat seperti terjumpa wanita ajnabi yang tersesat di jalanan dan boleh menemaninya atas dasar keselamatan sekiranya wanita takut ditinggalkan.

“Seterusnya bagi urusan keperluan, ia melibatkan muamalat sesama manusia berkaitan kemasyarakatan seperti urusan jual beli, penyaksian, urusan kerja, politik, urusan menuntut ilmu, jihad dan keperluan urusan seharian lain,” katanya.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberi kesimpulan, berdua-duan mengambil gambar dengan ajnabi yang berlainan jantina tanpa keperluan sehingga menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sementara itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk juga mengambil gambar hanya dibenarkan pada urusan keperluan dan jauh daripada fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syariat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications