Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Berkawanlah tanpa cemburu, memecah-belah – Fazura


PETALING JAYA – Selepas kembali dipanaskan dengan perang dingin bersama seorang rakan artis, pelakon Nur Fazura hari ini membuat satu perkongsian diri sendiri dan pengikutnya dalam laman sosial supaya sentiasa ikhlas dan jujur dalam persahabatan

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, percaya bahawa sahabat yang mempunyai niat tidak baik pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

“Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan di belakang. Kerana apa sahaja permainan berniat tidak baik (jahat), pasti akan terungkai pada sahabat yang sentiasa ikhlas padamu,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar perkongsian positif di hari Jumaat, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga menasihati pengikutnya supaya tidak memilih dalam bersahabat tanpa mengambil kesempatan atas kepentingan sendiri, selain mengelak daripada rasa cemburu yang membawa kepada perpecahan.

“Siaplah saling berkawan dengan semua tanpa kepentingan, rasa cemburu dan memecah belah,” tulisnya lagi.

Nasihat yang dititipkan Fazura turut mendapat perhatian dalam kalangan pengikutnya apabila rata-rata bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut tentang erti persahabatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sahabat yang ikhlas sukar dicari. Tapi sekali dapat, hargai betul-betul. Saya rindu sahabat-sahabat saya. Mereka adalah insan terbaik dalam hidup saya,” kata seorang pengikutnya.

“Kerana ikhlas itu tiada harganya. Aalam Jumaat Fazura,” ucap seorang lagi pengikutnya.

Bercakap tentang sahabat, pelakon filem Pisau Cukur itu, baru-baru ini menafikan naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan antara dirinya dengan selebriti popular, Neelofa adalah tidak benar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, Fazura berkata dirinya juga sama seperti orang lain apabila berhak menentukan dengan siapa dia berhak berkawan.

“Naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan adalah tidak betul dan tidak pasti apa niatnya. Saya juga sama seperti orang lain, berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications