Hi, what are you looking for?

Travel

Bermain ‘ski’ di Escape Cameron Highlands bermula 2023 kelak!


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Sim Leisure Group akan membangunkan Escape Cameron Highlands iaitu taman tema yang bertemakan persekitaran ala Eropah di Cameron Highlands, Pahang yang dijadual dibuka kepada umum pada 2023.

ESCAPE Cameron Highlands bakal dibuka pada tahun 2023

ESCAPE merupakan sebuah taman tema yang terdapat di PJ dan Pulau Pinang yang terkenal dengan pelbagai permainan rintangan berhalangan. Taman tema mereka di Pulau Pinang juga merupakan pemegang rekod gelongsor air terpanjang di dunia, yang diperakui oleh Guinness World Records.

Menjelang tahun 2023, taman tema Escape yang terbaharu bakal dibuka – ESCAPE Cameron Highlands. Tarikan terbaru ESCAPE Cameron Highlands ini difahamkan berkeluasan 60 ekar dan bakal menjadi taman tema luaran berkonsepkan ala-Eropah yang pertama di Malaysia serta terdapat lebih daripada 20 tarikan.

Escape Cameron Highlands 2023

PERMAINAN SKI PERTAMA DI DUNIA BERIKLIM TROPIKA

Antara tarikan yang bakal menemui pengunjung di ESCAPE Cameron nanti dijangka akan menyediakan permainan luncur ski sepanjang 1.2 kilometer dengan ketinggian 920 meter. Turut akan ada juga kemudahan lif ski untuk membawa pengunjung naik ke puncak. Kemudian ada trek ski sejauh 1.2km yang akan membawa pemain ski melalui laluan yang indah, termasuklah laluan kampung bertema tempatan.

Dengan adanya tarikan ski ini,  ia meletakkan Malaysia sebagai negara beriklim tropika yang pertama di dunia mempunyai tarikan ski! Selain itu, terdapat juga tarikan yang dipelopori oleh ESCAPE seperti Adventureplay dan juga Gravityplay.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TAMAN TEMA MESRA ALAM

Menariknya, taman tema Escape Cameron Highland akan bergantung pada 100% sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk beroperasi, perkara ini secara tidak langsung menjadikannya sebagai taman tema mesra alam.

Ia akan dibangunkan dengan pendekatan minimalis untuk pembangunan, gangguan minimum terhadap alam semula jadi, lebih banyak penanaman pokok, penggunaan tenaga elektrik yang minimum, penggunaan semula air hujan, dan banyak inisiatif kitar semula. Maka anda tidak perlu bimbang mengenai sebarang isu berkaitan pencemaran atau kemusnahan alam sekitar.

Dengan adanya cuaca sejuk semula jadi di Cameron Highland, taman tema Escape Cameron Highland sangat sesuai dibangunkan di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MENGUNDANG PELBAGAI REAKSI NETIZEN

Terdapat pelbagai reaksi dari netizen setelah mendapat berita tentang pelancaran ESCAPE Cameron Highlands ini. Antara reaksi netizen:

Namun, tidak dinafikan perjalanan untuk ke lokasi tersebut sempit dan sesak lebih-lebih lagi ketika musim cuti. Oleh itu, pastikan anda merancang percutian dengan baik, apabila ingin mengunjungi taman tema ini sejurus ia mula beroperasi nanti.

Apa pula pandangan korang?

Sumber: KL Foodie, TheSmartLocal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CHECHNYA: Pemimpin republik ini, Ramzan Kadyrov tidak teragak-agak untuk menghantar tiga anak remaja lelakinya menyertai barisan hadapan untuk...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung seorang lelaki dipercayai pesakit mental membaling pisau di sebuah restoran makanan segera...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis terima laporan aktiviti penyamaran sebagai Pegawai Tinggi KDN PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) — Polis menerima laporan berhubung...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications