Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Bermula Sebagai Pembantu Dapur Kini Usahawan Berjaya, Kisah Kejayaan Wanita Ini Jadi Inspirasi Ramai


Kisah berkenaan pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cukup menginspirasikan pernah menjadi tular pada sebelum ini.

Kisah kejayaan yang amat menginspirasikan itu dimulai dengan penghijrahannya ke Montreal, Kanada pada tahun 2014. Ketika disana, beliau pernah melakukan pelbagai kerja.

Ianya termasuklah menjadi pembantu dapur, bekerja di hotel “housekeeping job”. Demi niatnya untuk membantu suami dan menambah sumber pendapatan, gajinya pada ketika itu hanyalah sebanyak $10 (sekitar RM42) sehari sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada ketika itu anak bongsu daripada tujuh beradik ini mengikut suami tersayang, Abdul Hadi Wisman yang bekerja di sana.

Rafidah di samping tunjang kekuatannya, suami tercinta Abdul Hadi

Paling kemuncak keputusannya mencuba nasib menjual mufin pisang hasil resipi ciptaan sendiri di kafe sekitar Montreal.

“Gigih saya jalan kaki dari satu kafe ke satu kafe di Downtown Montreal untuk memberi ‘tester’ mufin pisang. Saya dipandang jelek, kena ‘reject’ dan tidak ada siapa ingin menerima kerana saya muslim dan bertudung.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Kenangan di sebuah pasar di Kanada saat membeli persiapan menyiapkan mufin pisang

“Tapi ia tak mematahkan semangat dan saya terus kuat  mencari peluang tanpa mengalah,” katanya.

Kesungguhan Rafidah ini turut menjadi asbab kepada laluan rezeki dan kejayaannya kini.

“Jika dikenang semula semua kisah itu, saya ada kalanya menangis dalam kegembiraan. Tak sangka hasil duit jualan mufin itu, saya hargai diri dengan membeli beg tangan berjenama pertama di Montreal Premium Outlet.

| Kampungmamakcom
Mufin pisang yang menjadi pencetus atau asbab kepada kerjayanya kini sebagai pemilik butik Sellection

“Terlintas pula nak jadi ‘personal shopper’ ambil pesanan dan tempahan daripada rakyat Malaysia. Masa itu niat nak beri peluang mereka yang lain untuk merasa pakai barangan mewah dan berjenama dengan harga mampu milik jenama dari Amerika Syarikat.

“Niat itu dipermudahkan, hingga saya tak sangka boleh memiliki perniagaan menjual beg tangan dan aksesori fesyen wanita dan lelaki  yang tulen berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil dan Kate Spade,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bermula dengan hanya berjinak-jinak menggunakan medium Facebook Page – Branded Handbags by Rafidah untuk mengetengahkan perniagaannya itu pada 2014, Rafidah kemudiannya berjaya membuka butik fizikal di Kuala Lumpur pada tahun 2018 dengan menubuhkan jenama Sellection.

| Kampungmamakcom

Ianya disusuli dengan mewujudkan domain laman sesawang www.sellection.com

Kini, Sellection.com – Branded Fashion Outlet telah menjadi platform beli belah dalam talian pilihan utama dan dipercayai ramai di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom

Menariknya, jenama ini turut menyediakan pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali buat semua pelanggan.

Pun begitu, ekoran daripada fasa pandemik COVID-19 yang menyerang dunia, cabaran yang terpaksa dihadapi mereka adalah butik fizikal terpaksa ditutup dan tidak boleh beroperasi.

“Mujur laman sesawang menjadi penyelamat waktu getir ini kerana 80 peratus jualan diraih daripada situ. Pelanggan boleh membeli-belah secara dalam talian dengan mudah dan cepat di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Insya-Allah tiada aral, butik lama akan berpindah ke lokasi baru yang lebih besar tidak lama lagi,” katanya.

Mengetengahkan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan telah berjaya merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.

“Kami sangat terbuka menerima semua pelanggan tanpa mengira status atau latar belakang. Saya percaya menghargai dan  menjaga pelanggan dengan baik adalah kekuatan perniagaan ini sejak ia ditubuhkan pada 2014.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini terbukti dengan lebih 3,200 testimoni positif di laman sesawang kami. Begitu juga  lebih 360 testimoni positif di carian Google setakat ini.

“Kami bukan sekadar menjual barang, tapi kami ingin memberi nilai dengan membantu pelanggan memilih beg tangan yang diingini serta memberikan tip penggayaan bersesuaian dengan personaliti mereka dan acara yang dihadiri,” sambungnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement