Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Bersama Tangani Kesan Perubahan Iklim


IPOH, 13 Jan (Bernama) — Seluruh rakyat Malaysia perlu terus bekerjasama untuk melindungi dan mengurangkan kesan kerosakan yang dibawa oleh perubahan iklim, usaha yang amat penting bagi memelihara kemakmuran dan kelangsungan negara, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sekali lagi dengan jelas menunjukkan bahayanya kesan yang dibawa oleh perubahan iklim.

“Kesan aktiviti manusia terhadap hidupan liar, iklim, sungai, hutan, dan lautan kita adalah mendalam, begitu juga akibatnya kepada manusia. Langkah bagi memulihkan planet kita ini memerlukan usaha semua pihak, daripada kerajaan sehingga sektor swasta, dan juga orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semasa memberikan respond yang baik dalam membantu mereka yang terjejas akibat bencana, kita juga perlu bertegas melangkah untuk memperbaharui usaha-usaha bagi menangani punca utama kejadian,” titah baginda dalam ucapan Diraja dalam satu majlis khas sempena ulang tahun ke-50 Tabung World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia hari ini, yang disampaikan baginda secara maya.

Dalam titah baginda, Sultan Nazrin turut menekankan betapa pemuliharaan adalah unsur yang amat penting dalam pembangunan Malaysia, yang mewarisi sumber semula jadi yang tidak ternilai, termasuk hutan hujan dan kekayaan kepelbagaian biologi.

“Malaysia mempunyai tanggungjawab besar bagi melindungi perkara ini dengan berkesan. Kita perlu bangkit untuk menghadapi cabaran ini, bagi kita sendiri, dan juga bagi populasi global,” titah baginda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sultan Nazrin bertitah komitmen teguh Malaysia terhadap pemuliharaan boleh dilihat dalam beberapa aspek dan ini termasuk Dasar Perhutanan Negara yang mewajibkan 50 peratus negara ini perlu kekal dengan liputan hutannya.

“Kita ada Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan yang menetapkan komitmen memperuntukkan 20 peratus daripada keluasan tanah kita sebagai kawasan perlindungan, dan kita juga komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Bagaimanapun apa yang penting adalah semua ikrar dan rancangan ini dilaksanakan sepenuhnya dalam amalan kita.

“Pertubuhan-pertubuhan seperti WWF Malaysia akan terus berada di barisan hadapan dalam usaha ini, untuk 50 tahun akan datang lagi, malah selepas daripada tempoh itu, semasa kita menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sultan Nazrin bertitah bahawa WWF Malaysia memainkan peranan penting selama 50 tahun yang lepas dan telah membantu negara ini menghadapi cabaran alam sekitar seterusnya menjadi suara yang lantang dalam memperjuangkan pemuliharaan alam semula jadi di Malaysia, bersuara untuk melindunginya dan juga untuk memulihara kawasan yang telah hilang.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement