Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Bersatu Mahu SPRM Siasat Akaun PH, BN Berhubung Sumber Perbelanjaan PRU15


Bersatu Mahu SPRM Siasat Akaun PH, BN Berhubung Sumber Perbelanjaan PRU15

Didakwa mempunyai kewangan yang luar biasa semasa kempen pilihan raya lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rembau mahu akaun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lapor Sinar Harian, dalam satu kenyataan Ketua Bahagian Bersatu Rembau, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata pihaknya menyaran SPRM melakukan tindakan sedemikian berikutan  dakwaan yang dibuat oleh blogger Raja Petra Kamarudin kepada parti tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, blogger tersebut mendakwa PH dan BN berbelanja melebihi RM6 juta semasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Beliau mendakwa BN belanja RM6 juta dan PH belanja RM10 juta satu kerusi parlimen. Ini bermakna anggaran jumlah perbelanjaan yang didakwa adalah mungkin boleh mencecah lebih daripada RM1.5 bilion.

“Justeru, Bersatu Rembau menyarankan agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam menyiasat secara telus dan adil,” katanya pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Mohd Nazree, pihaknya secara terbuka memberikan kerjasama kepada SPRM berkenaan siasatan kes penyelewengan sebanyak RM600 bilion.

Namun, jumlah tersebut semakin lama telah diturunkan menjadi RM300 juta.

Oleh itu, pihaknya menggesa agar parti-parti yang terlibat iaitu PH, DAP, PKR, Amanah serta UMNO memberikan penjelasan berhubung dengan sumber perbelanjaan ketika PRU15.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akaun Bersatu dibeku

Sebelum ini, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik parti Bersatu bagi tujuan membantu siasatan yang mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana RM600 bilion yang digunakan ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.

Memetik Bernama, Azam berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu pada 6 Disember lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Bersatu telah menghantar surat kepada SPRM bagi meminta supaya perintah pembekuan akaun bank parti itu dibatalkan.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembatalan perintah itu penting supaya pentadbiran Bersatu dapat berjalan lancar dan komitmen kewangan parti itu dapat dilunaskan mengikut jadual.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Kerajaan Tidak Campur Tangan Siasatan SPRM Terhadap Bersatu – PM Anwar

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement